Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 pusat beli-belah di Bukit Panjang, Northpoint City, antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Dua pusat beli-belah di Bukit Panjang adalah antara empat lokasi yang ditambah kepada senarai tempat awam Kementerian Kesihatan (MOH) yang pernah dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
2 pusat beli-belah di Bukit Panjang, Northpoint City, antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Gambar fail pusat beli-belah Bukit Panjang Plaza (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 16 Aug 2020 11:42PM Dikemas Kini : 16 Aug 2020 11:48PM

SINGAPURA: Dua pusat beli-belah di Bukit Panjang adalah antara empat lokasi yang ditambah kepada senarai tempat awam Kementerian Kesihatan (MOH) yang pernah dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Dalam kemas kini pada Ahad malam (16 Ogos) mengenai keadaan virus korona di Singapura, kementerian itu menyatakan bahawa pesakit berjangkit telah mengunjungi:

  • Bukit Panjang Plaza pada 4 Ogos antara 8.15 malam hingga 9.00 malam, dan sekali lagi pada 6 Ogos antara 6.30 petang hingga 8.40 malam
  • Northpoint City pada 7 Ogos, antara 6.00 petang hingga 8.00 malam
  • Pusat Makanan Newton pada 7 Ogos, antara 10.30 malam hingga 12.30 pagi
  • Hillion Mall pada 12 Ogos, antara 2.00 petang hingga 2.30 petang, dan sekali lagi antara 8.00 malam hingga 8.30 malam

MOH menyatakan bahawa pihaknya sudahpun memaklumkan individu-individu yang dikenal pasti sebagai kenalan rapat kes-kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di tempat tersebut pada masa yang dinyatakan harus memantau kesihatan mereka dengan rapi selama 14 hari selepas mengunjungi tempat itu," tambah MOH.

"Mereka harus berjumpa doktor dengan segera jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memaklumkan doktor tentang sejarah pendedahan mereka kepada jangkitan."

MOH menekankan bahawa orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi kes COVID-19.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga akan memberi garis panduan kepada pihak pengurusan di premis yang terjejas tentang pembersihan dan pembasmian kuman.

Pada Ahad, MOH melaporkan 86 kes baru COVID-19 di Singapura. Enam adalah kes import manakala dua adalah jangkitan dalam masyarakat. Baki 78 kes adalah pekerja asing yang tinggal di dormitori.

LAPORAN BERKAITAN:

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan