Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 poliklinik baru di Kaki Bukit, Tengah jelang 2025

Para penduduk di estet Kaki Bukit, Bedok dan Tengah boleh menjangkakan poliklinik baru menjelang 2025, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
2 poliklinik baru di Kaki Bukit, Tengah jelang 2025

(Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 23 Nov 2019 08:33PM Dikemas Kini : 23 Nov 2019 08:35PM

SINGAPURA: Para penduduk di estet Kaki Bukit, Bedok dan Tengah boleh menjangkakan poliklinik baru menjelang 2025, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan hari ini (23 Nov).

Pembukaan poliklinik baru di Kaki Bukit diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Lam Pin Min di satu acara kemasyarakatan di Bukit Batok.

Kemudahan itu, yang akan siap pada 2025, dijangka memenuhi keperluan para penduduk di Kaki Bukit dan Bedok.

Ia terletak di Jalan Damai dan berdekatan stesen MRT Kaki Bukit. Sebuah rumah penjagaan dan pusat dialisis yang menawarkan khidmat bersubsidi, akan ditempatkan di kemudahan yang sama. Ia akan dikendalikan oleh Poliklinik SingHealth.

Menurut MOH, khidmat-khidmat di lokasi itu termasuk, rawatan perubatan bagi masalah kesihatan akut, pengurusan penyakit kronik, khidmat kesihatan wanita dan kanak-kanak, serta khidmat radiologi, makmal dan farmasi.

Khidmat podiatri, fisioterapi dan psikologi juga akan ditawarkan.

Di acara yang sama, Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor berkongsi butiran-butiran tentang poliklinik baru di estet Tengah, yang juga akan siap menjelang 2025.

Poliklinik baru itu terletak di Bukit Batok Road, bertentangan estet perumahan West Edge@Bukit Batok. Ia akan menjadi sebahagian pembangunan bersepadu dengan perumahan awam dan pusat kejiranan, menurut MOH lagi.

Para pesakit di poliklinik juga boleh mendapatkan rawatan perubatan bagi masalah kesihatan akut, pengurusan penyakit kronik, penilaian pembangunan kanak-kanak, program imunisasi kanak-kanak dan pemeriksaan barah wanita.

Ini selain khidmat-khidmat mendidik orang awam cegah penyakit, khidmat diagnostik, dietetik dan psikologi.

"Khususnya, khidmat kesihatan wanita dan kanak-kanak akan membantu memenuhi keperluan keluarga-keluarga muda di kawasan baru Tengah," menurut MOH.

Ia akan dikendalikan Poliklinik Universiti Kebangsaan.

Rakyat Singapura juga boleh menjangkakan poliklinik baru pada tahun-tahun mendatang di kawasan-kawasan lain seperti Bukit Panjang, Eunos, Kallang, Sembawang, Khatib, Tampines North, Serangoon dan Yew Tee.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan