Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 penipu rakyat M'sia diberkas, S$590,000 dirampas, nilai tunai terbesar sejauh ini

Dua warga Malaysia diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan dan menyamar sebagai pegawai China.

Anggaran Waktu Membaca:
2 penipu rakyat M'sia diberkas, S$590,000 dirampas, nilai tunai terbesar sejauh ini

Wang tunai berjumlah S$590,000 dirampas dalam serbuan polis. (Gambar: Nevin Thomas)

Diterbitkan : 05 Jun 2018 04:40PM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 04:42PM

SINGAPURA: Dua warga Malaysia diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan dan menyamar sebagai pegawai China.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura hari ini (5 Jun).

Dua suspek - berusia 18 dan 33 tahun - ditangkap semalam (4 Jun) menyusuli serbuan di Ubi Avenue 1. Wang bernilai S$590,000 turut dirampas. Ia merupakan jumlah terbesar yang pernah dirampas dalam kes penipuan tahun ini, menurut polis.

Dua lelaki, yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes, didakwa menipu dua wanita awal bulan ini, melibatkan jumlah S$410,000 keseluruhannya.

Polis menyatakan bahawa ia menerima aduan pada 1 Jun dan 2 Jun bahawa wanita-wanita berkenaan - berusia 51 dan 55 tahun - menerima panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali yang mengaku sebagai para pegawai polis China.

Pemanggil-pemanggil itu memberitahu para mangsa bahawa mereka terlibat dalam pengubahan wang haram rentas sempadan dan mengarahkan mereka supaya mengeluarkan semua simpanan mereka bagi membantu siasatan.

Wanita berusia 51 tahun itu kemudian memindahkan S$100,000 ke dalam sebuah akaun bank, sementara mangsa berusia 55 tahun pula, menyerahkan S$310,000 kepada seorang lelaki yang tidak kenali, menurut polis.

Siasatan awal mendedahkan bahawa kedua-dua suspek memperoleh wang selepas menyamar sebagai para pegawai China. Mereka dipercayai terlibat dalam kes-kes serupa.

Mereka akan didakwa atas tuduhan menipu esok (5 Jun). Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun dan/atau didenda.

Seorang lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan sudahpun dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu lalu (2 Jun) atas kesalahan serupa.

Dalam satu sidang media, Pengarah Jabatan Ehwal Komersial SPF David Chew menekankan bahawa kes penipuan seperti ini "satu keprihatinan yang serius".

"Jumlah mangsa naik lebih seganda dari Januari hingga April 2018 berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan jumlah kerugian yang ditanggung para mangsa dalam setiap kes juga besar," kata beliau.

Encik Chew juga menasihati orang ramai supaya jangan mengendahkan sebarang panggilan telefon yang kononnya daripada seorang pegawai pemerintah luar negara yang meminta wang kerana ia "kemungkinan" satu percubaan menipu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan