Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 penghubung taman baru, taman diperluas di Choa Chu Kang, Yew Tee dalam 2 tahun mendatang

2 penghubung taman baru, taman diperluas di Choa Chu Kang, Yew Tee dalam 2 tahun mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
2 penghubung taman baru, taman diperluas di Choa Chu Kang, Yew Tee dalam 2 tahun mendatang

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, yang juga AP GRC Chua Chu Kang. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 05:16PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 06:10PM

SINGAPURA: Dua penghubung taman yang baru dan sebuah taman yang diperluaskan akan diperkenalkan kepada para penduduk Choa Chu Kang dan Yew Tee dalam masa dua tahun akan datang.

Ia bertujuan meningkatkan akses dan menggalak para penduduk menikmati alam sekitar.

Menjelang tahun depan, saiz taman di bawah Lebuh Raya Kranji (KJE) akan diperluaskan lebih seganda.

Akan ada juga kebun untuk orang ramai bercucuk tanam, ruang terbuka bagi acara masyarakat, sudut kesihatan, dan taman permainan.

Taman lebih besar itu hanya satu daripada beberapa peningkatan kepada kawasan menghijau di kawasan tersebut.

Bagi memberikan lebih banyak akses kepada ruang menghijau, satu jejantas sepanjang KJE kini dibuka.

Satu jabanah di Choa Chu Kang Link pula akan siap menjelang Jun nanti.

Selain itu, dua penghubung taman juga sedang dibina.

"Idea sebuah taman merentas terusan ini kini menjadi kenyataan. Kami melanjutkan tempoh maklum balas, dapatkan lebih banyak idea daripada semua pihak kerana taman ini buat semua jadi lebih baik untuk memenuhi keperluan para penduduk di sini supaya kami dapat membina taman yang relevan kepada mereka," kata Anggota Parlimen (AP) Choa Chu Kang Gan Kim Yong.

AP GRC Marsiling-Yew Tee Lawrence Wong pula menambah kemudahan baru itu akan merapatkan lagi para penduduk dari kedua-dua estet berkenaan dan membolehkan mereka menjalin ikatan baru.

Ruang-ruang semula jadi yang baru itu juga akan meningkatkan sistem eko kawasan itu.

Ini selain menjadikan perluasan taman tersebut sebagai pusat perhentian Koridor Rel.

Laluan sepanjang 24 kilometer itu meliputi kawasan Tanjong Pagar ke Woodlands dan akan siap terhubung menjelang hujung tahun ini.

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan