Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 orang diberkas menyamar gunakan kad palsu

Seorang lelaki 27 tahun dan seorang wanita 25 tahun yang disyaki melakukan penipuan dengan menyamar sudahpun ditangkap, menurut polis pagi ini (3 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
2 orang diberkas menyamar gunakan kad palsu

Gambar: CNA

Diterbitkan : 03 Feb 2018 09:06AM Dikemas Kini : 03 Feb 2018 09:11AM

SINGAPURA: Seorang lelaki 27 tahun dan seorang wanita 25 tahun yang disyaki melakukan penipuan dengan menyamar sudahpun ditangkap, menurut polis pagi ini (3 Feb).

Pada 13 Disember 2017, satu aduan diterima dari sebuah kedai tentang seseorang yang menebus baucar-baucar hadiah online yang kemudian didapati palsu. Demikian menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan media.

Selepas siasatan dilakukan, para pegawai dari Divisyen Polis Ang Mo Kio menangkap kedua-dua suspek di Rivervale Crescent Khamis lalu (1 Feb).

“Mereka ditemui memiliki beberapa kad pengenalan termasuk kad-kad pengenalan palsu,” menurut polis.

Menurut polis lagi, kedua-dua suspek mungkin terlibat dalam beberapa insiden penipuan dengan menyamar sebagai orang lain menggunakakan kad-kad palsu untuk membuat permohonan bagi talian telefon bimbit daripada syarikat-syarikat telekomunikasi.

Kedua-duanya akan didakwa di mahkamah hari ini kerana berkomplot untuk menipu dengan menyamar sebagai orang lain. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda ataupun kedua-duanya sekali, menurut pihak berkuasa. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan