Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 memerang ditemui mati di pelantar laluan Kelab Pelayaran Changi

Dua memerang, salah satunya terperangkap dalam bubu, ditemui mati semalam (25 Apr) di pelantar laluan berdekatan Kelab Pelayaran Changi.

Anggaran Waktu Membaca:
2 memerang ditemui mati di pelantar laluan Kelab Pelayaran Changi

Salah satu memerang yang dijumpai mati. (Gambar: Facebook/OtterWatch)

Diterbitkan : 26 Apr 2018 04:17PM Dikemas Kini : 26 Apr 2018 04:20PM

SINGAPURA: Dua memerang, salah satunya terperangkap dalam bubu, ditemui mati semalam (25 Apr) di pelantar laluan berdekatan Kelab Pelayaran Changi.

Pemilik syarikat perahu layar, Encik Scott McCook, memberitahu Mediacorp bahawa beliau berada di kelab pelayaran tersebut pada waktu petang apabila seorang kakitangan memberitahunya tentang memerang yang ditemui mati.

"Kami terjumpa bubu itu sekitar pukul 4.00 atau 5.00 petang," katanya. Beliau ternampak memerang yang sudah mati dalam bubu itu, sementara seekor lagi memerang yang juga sudah mati "berada di pantai".

Beliau berkata bahawa beliau tidak pasti siapa yang perlu dihubungi untuk melaporkan insiden tersebut, namun beliau memetik beberapa gambar.

Pada pagi keesokan harinya, salah satu bangkai memerang "sudah hanyut", kata Encik McCook. Namun, lelaki berusia 56 tahun itu terserempak dengan kumpulan masyarakat Otterwatch di Pantai Changi lalu beliau menunjukkan gambar-gambar yang dipetiknya.

Anggota Otterwatch, Encik Alvin Tan, memberitahu Mediacorp bahawa kumpulan itu sedang mengambil gambar-gambar beberapa memerang di Pantai Changi pada pagi tadi apabila Encik McCook memberitahu mereka tentang memerang-memerang yang sudah mati.

"Kami menyuruhnya untuk segera membawa kami ke tempat itu," kata Encik Tan.

Encik McCook membawa mereka ke lokasi bubu, di mana memerang yang sudah mati kelihatan dan kepalanya "sudah membusuk".

"Kepalanya penuh dengan ulat," katanya. "Malah, seekor biawak benggala kelihatan sedang menggigit bangkai memerang itu.

"Kami berjaya mengusir biawak benggala itu. Hampir seluruh bahagian kepalanya dimamah, badan dan kakinya pula bengkak."

Beliau menambah bahawa Otterwatch sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai insiden tersebut.

Encik Jeffery Teo, seorang lagi anggota Otterwatch, memberitahu Mediacorp bahawa bubu besi sering dijumpai di kawasan pantai. Sesetengah perangkap masih baru manakala ada yang ditinggalkan, katanya.  

Sumber : CNA/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan