Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 maut dalam nahas kereta di luar Istana, 1 cedera

Dua orang maut selepas kereta mereka merempuh pagar Istana pagi ini (16 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2017 06:24PM Dikemas Kini : 16 Dec 2017 09:16PM

SINGAPURA: Dua orang maut selepas kereta mereka merempuh pagar Istana pagi ini (16 Dis).

Menurut polis, ia dimaklumkan tentang kejadian itu pada sekitar 6.05 pagi. Kemalangan itu berlaku di pagar belakang Istana di Cavenagh Road.

Pemandu, seorang lelaki berusia 25 tahun, dan seorang penumpang wanita berusia 21 tahun, berada dalam keadaan tidak sedar ketika mereka dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng. Mereka bagaimanapun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Seorang lagi penumpang, seorang lelaki berusia 28 tahun, dalam keadaan sedar ketika dikejarkan ke hospital yang sama.

Siasatan polis masih diteruskan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan