Images
  • lori
    Dua orang maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan Woodlands Road dengan Mandai Estate.

2 maut dalam nahas jalan raya di persimpangan Mandai Estate dengan Woodlands Road

SINGAPURA: Dua orang maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan Woodlands Road dengan Mandai Estate pada Jumaat (11 Okt).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai satu kemalangan melibatkan dua motosikal dan sebuah lori di persimpangan antara Woodlands Road dengan Mandai Estate pada sekitar pukul 7.53 pagi.

Salah seorang daripada penunggang motosikal itu, seorang lelaki 53 tahun, disahkan meninggal dunia oleh para anggota paramedik di tempat kejadian.

Pemandu lori lelaki itu yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya di sana.

Seorang lagi yang terlibat dalam kemalangan itu enggan dibawa ke hospital, menurut

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kepada Mediacorp.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial pada Jumaat menunjukkan sebuah lori berdaftar Malaysia dengan tubuh seorang dilihat tersepit di bawah tayar belakang di bahagian kanan.

Siasatan polis masih dijalankan.

- CNA/NA/na

Top