Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki yang merusuh di Duxton Road dibawa semula ke tempat kejadian

Dua lelaki, yang didakwa kerana merusuh, dibawa balik ke tempat kejadian di Duxton Road hari ini (30 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki yang merusuh di Duxton Road dibawa semula ke tempat kejadian

Tempat kejadian di mana rusuhan itu berlaku.

Diterbitkan : 30 May 2018 06:50PM Dikemas Kini : 31 May 2018 11:16AM

SINGAPURA: Dua lelaki, yang didakwa kerana merusuh, dibawa balik ke tempat kejadian di Duxton Road hari ini (30 Mei).

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan lima lelaki yang dituduh minggu lalu atas kesalahan yang dilakukan pada 23 Mei.

Mediacorp difahamkan lelaki berkenaan dibawa ke tempat kejadian untuk menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian.

Menurut polis, Mohammad Hasli Abdul Hamed, 35 tahun ditangkap pada 23 Mei dan ditahan pada keesokan harinya. Izzaharul Firdaous Abdul Rahim, 20 tahun, pula ditangkap pada 24 Mei dan ditahan dua hari kemudian.

Kesemua lima lelaki yang didakwa termasuk dua lelaki yang dibawa ke tempat kejadian hari ini (30 Mei) dipercayai mabuk ketika kejadian.

Rusuhan itu dipercayai bermula di Duxton Road di mana lima lelaki itu menyerang mangsa pertama mereka. Mereka kemudian berpecah kepada dua kumpulan.

Empat daripada mereka menuju ke Tanjong Pagar Road, di mana mereka menyerang dua orang lagi.

Lelaki yang terpisah dari kumpulan, Izzaharul, mengganggu seorang lagi mangsa pada malam itu. Akibatnya, empat orang cedera termasuk dua orang yang dibawa ke hospital.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan