Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki samar diri sebagai pegawai China didakwa atas tuduhan menipu

Dua lelaki rakyat Malaysia dihadapkan ke mahkamah hari ini (6 Jun) atas tuduhan terlibat dalam siri penipuan dengan menyamar diri sebagai pegawai China.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki samar diri sebagai pegawai China didakwa atas tuduhan menipu

Poh Hong Kuan (kiri) dan Chow Zhi Hong (kanan) tiba di Mahkamah Negara pada 6 Jun. (Gambar: Jason Quah/ TODAY)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 07:32PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 07:35PM

SINGAPURA: Dua lelaki rakyat Malaysia dihadapkan ke mahkamah hari ini (6 Jun) atas tuduhan terlibat dalam siri penipuan dengan menyamar diri sebagai pegawai China.

Poon Hong Kuan, penduduk tetap Singapura berusia 17 tahun, dan Chow Zhi Hong, 33, yang berada di sini dengan pas lawatan sosial, disyaki menerima wang tunai bernilai S$100,000 daripada seorang lagi lelaki pada 1 Jun.

Kedua-dua suspek tahu bahawa wang yang diserahkan diperoleh melalui kegiatan jenayah, menurut dokumen mahkamah.

Mereka diberkas kelmarin (4 Jun) selepas polis melancarkan serbuan di Ubi Avenue 1. Wang tunai bernilai S$590,000 turut dirampas. Ia merupakan jumlah terbesar yang pernah dirampas berkaitan kes penipuan pada tahun ini, menurut polis.

Dalam kes penipuan seperti ini, mangsa sering diperdaya untuk memindahkan atau menyerahkan wang yang kononnya digunakan dalam pelaburan wang haram rentas sempadan.

Poon dan Chow dipercayai terlibat dalam beberapa kes serupa.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan