Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki M'sia diberkas; senyap-senyap bekerja sebagai penghantar makanan Grab

Dua warga Malaysia ditangkap pada April kerana bekerja sendiri sebagai penghantar makanan, kata Menteri Negara Tenaga Manusia Zaqy Mohamad di Parlimen pada Rabu (4 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki M'sia diberkas; senyap-senyap bekerja sebagai penghantar makanan Grab

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 04 Sep 2019 03:08PM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 03:11PM

SINGAPURA: Dua warga Malaysia ditangkap pada April kerana bekerja sendiri sebagai penghantar makanan, kata Menteri Negara Tenaga Manusia Zaqy Mohamad di Parlimen pada Rabu (4 Sep).

Encik Zaqy berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Lee Bee Wah yang bertanyakan jumlah warga asing yang ditangkap bekerja sendiri sebagai penghantar sepanjang tiga tahun lalu.

Cik Lee menambah para penduduknya "memberitahu beliau bahawa mereka seringkali melihat motosikal dengan plat pendaftaran Malaysia menghantar makanan".

Beliau juga bertanyakan sama ada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan pekerjaan itu dihadkan untuk rakyat tempatan.

"Mereka sedang bersaing dengan rakyat Singapura kita yang sedang mencari rezeki jadi kita tidak perlu mereka datang ke sini untuk bekerja sambilan atau melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang," terang Cik Lee.

Sebagai respons, Encik Zaqy berkata warga asing diharamkan daripada bekerja sendiri sebagai penghantar makanan bagi syarikat-syarikat seperti Deliveroo, Foodpanda dan GrabFood.

"MOM sudahpun mengambil tindakan terhadap para pemegang pas lawatan sosial yang bekerja sendiri secara haram sebagai penghantar makanan," ujar Encik Zaqy.

Beliau menambah para pesalah boleh didenda sehingga S$20,000, dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

"Sekiranya anda juga bersubahat sebagai warga Singapura yang membenarkan mereka menggunakan akaun anda, anda juga boleh didakwa," ujar Encik Zaqy. "Kedua-duanya tertakluk kepada peraturan yang sama."

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pekerja haram sedemikian harus melaporkannya kepada MOM, simpul beliau.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan