Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki lanjut usia di Bedok, Hougang mati akibat denggi

Dua lelaki lanjut usia yang masing-masing tinggal di Bedok Reservoir Road dan Hougang mati akibat denggi, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu (9 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki lanjut usia di Bedok, Hougang mati akibat denggi

Kain rentang dipasang di Blok 714 & 715 di Bedok Reservoir Road. (Gambar: Monica Kotwani)

Diterbitkan : 10 Feb 2019 01:04AM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 01:06AM

SINGAPURA: Dua lelaki lanjut usia yang masing-masing tinggal di Bedok Reservoir Road dan Hougang mati akibat denggi, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu (9 Feb).

Seorang lelaki berusia 74 tahun, yang tinggal di Bedok Reservoir Road, meninggal dunia pada 3 Feb manakala seorang lagi lelaki berusia 77 tahun, yang menetap di Hougang Avenue 3, mati pada Khamis (7 Feb). Mereka merupakan dua mangsa pertama yang meninggal dunia akibat jangkitan denggi tahun ini.

"Hampir semua pesakit denggi pulih selepas terkena jangkitan. Segelintir pesakit mungkin akan berdepan dengan komplikasi sehingga menyebabkan kematian, terutama sekali bagi pesakit-pesakit lanjut usia dengan masalah kesihatan," menurut pihak berkuasa.

Setakat sehingga Jumaat (8 Feb), keseluruhannya 167 kes denggi dilaporkan bagi kelompok Bedok Rservoir Road, Jalan Damai, Jalan Tenaga dan Kaki Bukit Avenue 1.

Di Hougang Avenue 3, enam kes denggi dilaporkan.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa mereka yang menunjukkan simptom-simptom denggi perlu segera berjumpa doktor.

NEA sudah menjalankan pemeriksaan di kelompok Bedok sejak 23 Nov dan di Hougang Avenue 3 sejak ia dikenal pasti sebagai kelompok denggi pada Jumaat (8 Feb).

Di kelompok Bedok, terdapat 102 tempat pembiakan nyamuk yang ditemui dan dihapuskan setakat Jumaat. Daripada jumlah itu, 79 tempat terletak di premis-premis perumahan, lapan di premis perindustrian dan 15 di tempat awam.

Di Hougang Avenue 3, dua tempat pembiakan nyamuk dikesan di kawasan awam, ditemui dan dimusnahkan. Operasi kawalan vektor sedang dijalankan.

"Penyemburan racun serangga dijalankan di kawasan-kawasan awam bagi mengawal pembiakan nyamuk," menurut kenyataan itu lagi.

Para pegawai juga menjalankan penyemburan di rumah-rumah atas izin para penduduk kerana nyamuk Aedes dipercayai boleh membiak dalam rumah.

Kain rentang serta poster dipasang bagi meningkatkan kesedaran. NEA pula bekerjasama dengan para sukarelawan untuk melakukan lawatan ke rumah-rumah.

Para pemilik premis di mana pembiakan nyamuk ditemui boleh didenda sehingga S$5,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga bulan. Pemilik rumah atau penghuninya juga boleh didenda S$200. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan