Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki ditipu S$1,000 dalam 'penipuan iCloud'

Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap 'penipuan iCloud' selepas dua lelaki ditipu sebanyak RMB 5,200 (S$1,060).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki ditipu S$1,000 dalam 'penipuan iCloud'

Gambar fail seorang menggunakan iPhone. (Gambar: ADNAN ABIDI/REUTERS)

Diterbitkan : 27 Nov 2017 09:56PM Dikemas Kini : 27 Nov 2017 09:59PM

SINGAPURA: Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap 'penipuan iCloud' selepas dua lelaki ditipu sebanyak RMB 5,200 (S$1,060).

Polis menerima satu aduan mengenai penipuan yang melibatkan khidmat penyimpanan data cloud Apple pada 20 November tahun ini, menurut polis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (27 Nov).

Kedua-dua lelaki tersebut pada mulanya diundang sebagai kawan oleh wanita-wanita yang tidak dikenali dalam aplikasi-aplikasi online, Tan Tan dan Gmu.

Perbualan mereka kemudian beralih ke WeChat, di mana para lelaki itu disuruh menggunakan iPhone mereka untuk mendaftar masuk ke akaun iCloud wanita-wanita tersebut untuk membantu "menyenaraikan beberapa gambar", menurut polis.

Selepas kedua-dua lelaki itu mendaftar masuk, iPhone mereka - yang kini didaftar masuk ke akaun iCloud para wanita berkenaan - diletakkan kepada"mode hilang" dan dikunci oleh wanita-wanita itu.

"Mode hilang" boleh digunakan untuk mengunci iPhone sekiranya pengguna mengesyaki bahawa telefon mereka hilang ataupun dicuri. Ia boleh dilakukan dari jauh dengan menggunakan laman iCloud Find My iPhone.

Selepas mereka mengunci telefon kedua-dua lelaki itu, wanita-wanita berkenaan menuntut wang daripada si mangsa untuk mendapatkan kata kunci bagi membuka telefon mereka yang terkunci.

Beberapa bayaran dibuat oleh kedua-dua lelaki itu menerusi AliPay tetapi telefon mereka tetap terkunci.

Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelak daripada penipuan sedemikian dengan tidak menuruti permohonan daripada individu yang tidak dikenali untuk mendaftar masuk kepada akaun iCloud mereka.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan