Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki disiasat dipercayai buat aduan palsu tentang kes pembuangan sampah dari tingkat atas

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap dua lelaki kerana dipercayai membuat aduan palsu, setelah salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa temannya merupakan mangsa kes pembuangan sampah daripada tingkat atas, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki disiasat dipercayai buat aduan palsu tentang kes pembuangan sampah dari tingkat atas

(Gambar: Google Street)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 10:11PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 10:12PM

SINGAPURA: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap dua lelaki kerana dipercayai membuat aduan palsu, setelah salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa temannya merupakan mangsa kes pembuangan sampah daripada tingkat atas, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (13 Ogos).

Polis menerima panggilan bantuan di Blok 227A Sumang Lane di Punggol pada kira-kira pukul 6:25 petang pada Selasa (11 Ogos). Seorang lelaki berusia 25 tahun mendakwa rakannya, seorang lelaki berusia 35 tahun, adalah mangsa kes pembuangan sampah daripada tingkat atas dan mengalami kecederaan akibat terkena botol kaca.

Semasa menjalankan siasatan, pegawai polis menemui beberapa perkara yang tidak konsisten dalam kenyataan yang diberikan oleh kedua-dua individu, menurut SPF.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh lelaki itu dipercayai dilakukan pada dirinya dan kedua-dua lelaki itu bersubahat untuk memberikan maklumat palsu kepada polis," menurut SPF.

Siasatan terhadap kedua-dua lelaki itu masih dijalankan.

Bagi kesalahan memberikan maklumat palsu dengan sengaja kepada seorang pegawai awam, ia membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Pada pagi Khamis (13 Ogos), akhbar The New Paper melaporkan kepala seorang lelaki yang berada di kolong blok itu terkena botol kaca dalam beg plastik yang jatuh dari tingkat atas, menyebabkan luka seluas 4 sentimeter.

Ia menukil akhbar bahasa Cina Shin Min Daily News, yang menukil seorang saksi yang mendakwa mangsa sedang bercakap dengan sekumpulan temannya apabila botol itu terkena kepalanya lalu menyebabkan pendarahan.

"Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa sumber polis dapat digunakan dengan lebih baik bagi menangani jenayah dan kecemasan sebenar daripada menyiasat laporan atau maklumat palsu," menurut SPF.

"Mereka membuat aduan polis yang palsu atau memberikan maklumat palsu akan dikenakan tindakan serius di bawah undang-undang."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan