Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki dipenjara kerana miliki pasport palsu di Lapangan Terbang Changi

Nagamany Kangatharan, 46 tahun, dan Kandasamy Niththiyananthan, 27 tahun, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Khamis (5 Jul), menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (9 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki dipenjara kerana miliki pasport palsu di Lapangan Terbang Changi

Nagamany Kangatharan (kiri) and Kandasamy Niththiyananthan (kanan). (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 09 Jul 2018 03:37PM Dikemas Kini : 09 Jul 2018 03:40PM

SINGAPURA: Dua warga Sri Lanka masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana memiliki pasport UK palsu di Lapangan Terbang Changi.

Nagamany Kangatharan, 46 tahun, dan Kandasamy Niththiyananthan, 27 tahun, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Khamis (5 Jul), menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (9 Jul).

Hasil siasatan mendapati bahawa kedua-dua lelaki itu, yang tidak ada sebarang hubungan, meminta bantuan seorang ejen yang tidak dikenali di Sri Lanka untuk mencari pekerjaan di luar negara. Ejen itu mengatur perjalanan mereka ke London menerusi Singapura untuk bayaran antara 330,000 rupee Sri Lanka (S$2,800) dengan sejuta rupee Sri Lanka (S$8,600).

Kedua-dua lelaki itu tiba di Singapura dari Colombo pada 18 Jun menggunakan pasport Sri Lanka mereka. Keesokan harinya, mereka bertemu dengan Ihsan Ismie Ishak, seorang warga Malaysia berusia 31 tahun, yang menyerahkan dua pasport UK palsu yang megandungi gambar mereka tetapi dengan butiran orang lain.

Setibanya di Terminal Satu Lapangan Terbang Changi, Nagamany cuba mendapatkan tiket pesawat di kaunter daftar masuk manakala Kandasamy memerhatikannya. Bagaimanapun, Nagamany meninggalkan kaunter dengan tergesa-gesa selepas para pegawai tiket mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk memproses pas masuknya, menurut ICA.

Kedua-dua mereka memutuskan untuk membatalkan rancangan perjalanan mereka ke London dan kembali ke Colombo. Mereka kemudian bertemu dengan Ihsan Ismie di kawasan transit Terminal Tiga. Pegawai ICA, yang menerima maklumat mengenai kes itu, kemudian menangkap ketiga-tiga mereka.

Ihsan Ismie didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan pada 28 Jun.

Di bawah Akta Pasport Seksyen 47(6), seseorang yang dengan sengaja memiliki dokumen perjalanan antarabangsa palsu boleh dikenakan denda sehingga S$10,000 dan dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan