Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki dipenjara, disebat terkait kematian orang awam dalam pergaduhan di Geylang

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk secara sengaja, Rana dan Mollah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki dipenjara, disebat terkait kematian orang awam dalam pergaduhan di Geylang

Rana Soheel (baju putih) tiba di Mahkamah Negara pada 2017. (Gambar: TODAY/ Robin Choo)

Diterbitkan : 28 Dec 2020 09:08PM Dikemas Kini : 28 Dec 2020 09:11PM

SINGAPURA: Dua lelaki yang dikaitkan dengan kematian seorang orang awam semasa satu pergaduhan pada 2017 di Geylang, masing-masing dikenakan hukuman penjara empat tahun dan disebat enam kali pada Isnin (28 Dis).

Warga Bangladesh Rana Sohel, 38 tahun, dan Mollah Hasan, 34 tahun, didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan teruk dengan niat yang sama.

Kejadian itu berlaku pada pagi 9 Julai 2017 di sebuah restoran di Lorong 24A.

Rana, Mollah dan satu lagi tertuduh Reza Hasan berada di restoran itu apabila seorang pelanggan lain, Tan Wei Li, tersalah anggap kumpulan Rana memarahi rakan-rakannya.

Tan bersemuka dengan mereka sambil menghentak tangannya di meja dan mengeluarkan kata-kata lucah dalam bahasa Hokkien.

Mangsa, Lim Leong Tat yang berusia 42 tahun, juga berada di restoran dan tidak mengenali kedua-dua kumpulan tersebut.

Dia masuk campur dengan menumbuk Rana semasa Tan dan Rana bertikam lidah.

Satu pergaduhan berlaku dengan Reza menarik mangsa ke jalan raya sebelum Rana dan Mollah mengejar mangsa.

Mereka menyerang mangsa berulang kali dengan memukul tengkuk mangsa.

Reza dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada September lalu kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan niat yang sama.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk secara sengaja, Rana dan Mollah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan