Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki didakwa kerana gaduh di gerai bak kut teh Balestier

Dua orang lelaki yang dirakam dalam sebuah video mencetuskan pergaduhan di sebuah gerai bak kut teh yang popular di Balestier Road didakwa di Mahkamah hari ini (5 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki didakwa kerana gaduh di gerai bak kut teh Balestier

Petikan skrin pergaduhan di gerai bak kut teh popular di Balestier.

Diterbitkan : 05 Dec 2017 12:08PM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 12:12PM

SINGAPURA: Dua orang lelaki yang dirakam dalam sebuah video mencetuskan pergaduhan di sebuah gerai bak kut teh yang popular di Balestier Road didakwa di Mahkamah hari ini (5 Dis).

Toh Kian Teck, 53 tahun didakwa mengancam dan melemparkan kata-kata kesat kepada seorang pekerja pada awal pagi 19 Ogos.

Dia tiba di gerai Kian Lian 365 di 365 Balestier Road dengan seorang teman, Tay Soo Yong sekitar 2.37 pagi.

Toh kemudian melontar sudu-sudu plastik dan penyepit ke arah pekerja itu, menterbalikkan meja, menendang beberapa kerusi dan mencampak sebuah kerusi ke sebuah rak pameran serta menolak pengukus ke lantai hingga pecah.

Kerosakan yang dilakukannya itu berjumlah S$2,106 menurut dokumen mahkamah.

Toh memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia berhasrat untuk mengaku bersalah selepas memohon bantuan guaman. Dia akan kembali ke mahkamah pada 12 Disember.

Kawannya, Tay, 50 tahun, menghadapi satu tuduhan atas berkelakuan mengancam "dengan niat menakut-nakutkan" pekerja itu. Dia dijangka mengaku salah pada 27 Disember.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan