Images
  • crime
    (Gambar fail: Reuters)

2 lelaki didakwa ambil anggota kumpulan samseng

SINGAPURA: Dua lelaki disyaki merekrut anggota sebuah kumpulan samseng akan didakwa pada Khamis (12 Sep).

Para suspek, berusia 21 dan 28 tahun, dituduh mengumpul yuran daripada para anggota baru kumpulan samseng itu.

Mereka di antara 20 individu yang diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan berkaitan kumpulan samseng, menurut pihak polis dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Lima daripada mereka yang berusia antara 17 hingga 28 tahun, diberkas di Bedok Reservoir Road pada 12 Mei tahun lalu.

Hasil siasatan lanjut 15 lagi lelaki, berusia antara 16 hingga 22 tahun diberkas, tambah pihak polis.

Siasatan ke atas para suspek lain masih diteruskan, menurut pihak polis.

Sesiapa yang didapati bersalah menjadi anggota kumpulan haram atau mengajak orang lain untuk menganggotai kumpulan sedemikian boleh menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga S$5,000.

Mereka yang didapati bersalah mengumpul yuran keanggotaan untuk sebuah kumpulan haram menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum sehingga S$5,000. 

- CNA/NA/na

Top