Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki diberkas pandu secara berbahaya; pemandu van & penumpang dibawa ke KTPH

Dua lelaki ditangkap kerana memandu secara berbahaya menyusuli kemalangan yang berlaku di Ekspreswe Tengah (CTE), mengakibatkan dua orang dibawa ke hospital, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Jumaat (31 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki diberkas pandu secara berbahaya; pemandu van & penumpang dibawa ke KTPH

(Gambar: Facebook/ROAD.sg)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 08:28PM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 08:35PM

SINGAPURA: Dua lelaki ditangkap kerana memandu secara berbahaya menyusuli kemalangan yang berlaku di Ekspreswe Tengah (CTE), mengakibatkan dua orang dibawa ke hospital, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Jumaat (31 Jul).

Kedua-dua lelaki yang berusia 30 dan 41 tahun diberkas oleh Polis Trafik (TP) pada Khamis, sehari setelah pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Pihak berkuasa dimaklumkan pada Rabu sekitar 9.00 malam mengenai kemalangan yang berlaku di CTE menuju Ekspreswe Seletar (SLE) selepas Ang Mo Kio Avenue 5 yang melibatkan sebuah van dan kereta.

Sebuah video yang tersebar online menunjukkan dua kereta yang cuba memotong kenderaan lain melalui beberapa lorong.

Sebuah kenderaan kemudian dilihat terbalik di semak, dengan seorang wanita duduk di tepi jalan dengan darah pada bahagian dahinya. Darah juga kelihatan di jalan raya di belakang wanita berkenaan.

Pemandu van dan penumpangnya dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedar, menurut polis.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa kereta yang terlibat dalam kemalangan itu dipandu secara berbahaya bersebelahan dengan sebuah kereta lain di CTE sebelum berlaku kemalangan," menurut polis.

Kedua-dua pemandu kereta tersebut ditangkap. Kereta mereka ditahan dan lesen memandu mereka juga digantung dengan serta-merta.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Kesalahan memandu secara berbahaya membawa hukuman penjara sehingga 12 bulan, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali. Pesalah berulang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda tidak melebihi S$10,000, atau kedua-duanya.

Kerana menyebabkan kecederaan pada orang lain dengan memandu secara berbahaya, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya. Kesalahan seterusnya membawa hukuman penjara sehingga empat tahun, denda sehingga S$20,000, atau kedua-duanya sekali.

Lesen pemandu yang tidak bertanggungjawab juga boleh ditarik balik, menurut polis.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan