Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki diberkas kerana gaduh di pusat beli-belah Liang Court

Dua lelaki diberkas berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di pusat beli-belah Liang Court pada awal pagi Ahad (10 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki diberkas kerana gaduh di pusat beli-belah Liang Court

Dalam video yang tersebar di Facebook, seorang lelaki dilihat memukul seorang lagi dengan bangku besi. (Gambar: Anna Belle/Facebook)

Diterbitkan : 11 Mar 2019 07:39AM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 07:42AM

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di pusat beli-belah Liang Court pada awal pagi Ahad (10 Mac).

Memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes pergaduhan di 177 River Valley Road pada sekitar 5.00 pagi.

Kedua-dua suspek berusia 28 tahun. Salah seorang daripada mereka dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) dalam keadaan sedar.

Seorang lelaki berusia 27 tahun juga sedang membantu siasatan, menurut pihak berkuasa.

Dalam rakaman video yang tersebar pada Ahad (10 Mac), seorang lelaki dilihat memukul seorang lagi lelaki dengan sebuah bangku besi. Lelaki berkenaan juga dilihat mengangkat sebuah meja, namun dapat dihalang daripada terus menyerang.

Video selama kurang seminit itu, yang dimuatnaikkan ke laman Facebook, dikongsi hampir 2,000 kali setakat 12.00 pagi, Isnin (11 Mac). 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan