Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki dibebaskan daripada tuduhan serang remaja perempuan selama 12 jam

Seorang hakim pada Rabu (17 Apr) membebaskan dua lelaki daripada tuduhan melakukan serangan terhadap seorang remaja perempuan 16 tahun, dengan mengatakan bahawa penjelasan mangsa berhubung insiden itu "tidak boleh dipercayai".

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki dibebaskan daripada tuduhan serang remaja perempuan selama 12 jam

Gambar fail.

Diterbitkan : 17 Apr 2019 10:30PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 10:33PM

SINGAPURA: Seorang hakim pada Rabu (17 Apr) membebaskan dua lelaki daripada tuduhan melakukan serangan terhadap seorang remaja perempuan 16 tahun, dengan mengatakan bahawa penjelasan mangsa berhubung insiden itu "tidak boleh dipercayai".

Mangsa, yang identitinya tidak didedahkan atas perintah mahkamah, diserang selama 12 jam dalam sebuah flat dua tahun lalu. Serangan tersebut mengakibatkannya mengalami keretakan di bahagian tulang belakang dan kecederaan lain yang menyebabkan masalah buah pinggang.

Lelaki ketiga, Aminnuddin Siregar Aminullah Siregar, 32 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan disebat 12 kali pada Ogos tahun lalu atas serangan tersebut.

Pada Rabu, Hakim Daerah John Ng mendapati Muhammad Khalis Khairi, 28 tahun dan Rushdi Rosli, 29 tahun - tidak bersalah, sekali gus membebaskan mereka daripada tuduhan termasuk mengakibatkan kecederaan dengan senjata berbahaya dan menahan mangsa dengan cara paksa.

Menjelaskan keputusannya itu, hakim berkata kesemua empat individu berkenaan terlibat dalam aktiviti dadah haram dan mangsa juga seorang pengedar dadah.

Pihak pembela menyatakan semasa perbicaraan bahawa Amin memberitahu Khalis dan Rushdi untuk menjemput mangsa dari flatnya pada hari insiden tersebut.

Apabila mereka tiba di flat tersebut, Amin menarik mereka masuk ke dalam dan mengunci pagar, menurut pihak pembela. Khalis dan Rushdi melihat "keadaan teruk" mangsa "yang dipukul teruk sehingga tidak dapat dikenali", "dalam keadaan tidak rasional" dan berkali-kali membuka pakaiannya, menurut pihak pembela.

Pihak pembela berhujah bahawa Amin, yang ketika itu dalam keadaan khayal, paranoid dan agresif, enggan membenarkan Khalis dan Rushdi meninggalkan flat tersebut.

Meskipun mangsa sudah memberikan keterangan dia melihat dua orang lagi selain Amin menyerangnya, hakim mendapati buktinya itu tidak menyakinkan.

Menurut hakim, keterangan mangsa menimbulkan ketidakpastian kerana remaja itu dalam keadaan berhalusinasi disebabkan telah mengambil "pelbagai jenis dadah" termasuk methamphetamine dan kodein yang ditemui dalam darahnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan