Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki dibawa ke hospital selepas bergaduh di Sekolah Menengah East Spring

Dua lelaki dimasukkan ke hospital selepas cedera dalam satu pergaduhan yang tercetus semasa perlawanan persahabatan bola sepak amatur di Sekolah Menengah East Spring pada Ahad petang (17 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki dibawa ke hospital selepas bergaduh di Sekolah Menengah East Spring
Diterbitkan : 19 Feb 2019 01:03AM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 05:31PM

SINGAPURA: Dua lelaki dimasukkan ke hospital selepas cedera dalam satu pergaduhan yang tercetus semasa perlawanan persahabatan bola sepak amatur di Sekolah Menengah East Spring pada Ahad petang (17 Feb).

Seorang jurucakap polis berkata pihaknya dimaklumkan kira-kira pukul 5.00 petang pada Ahad berhubung kes yang mengakibatkan kecederaan itu. Jurucakap itu menambah bahawa kedua-dua lelaki yang berusia 30-an tahun itu dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Besar Changi.

Perlawanan persahabatan itu adalah antara FC138, pasukan yang memakai jersi merah, dan Ranger United, pasukan yang memakai jersi hitam-kelabu.

Pengadil perlawanan, Mustafa Kamal memberitahu Mediacorp bahawa pergaduhan itu tercetus akibat satu insiden yang berlaku lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Encik Mustafa, yang merupakan seorang pengadil bebas, berkata bahawa seorang pemain Ranger United melakukan "tendang terbang" ke arah pemain lawan.

Insiden itu mencetuskan pergaduhan di padang dan juga dalam kalangan pemain simpanan, tambah Encik Mustafa.

"Insiden itu yang mencetuskan pergaduhan tersebut dan saya cuba meleraikan pergaduhan namun tidak berjaya. Jadi saya terus keluar dan memberitahu warden padang supaya menghubungi polis," kata beliau.

Menurut Encik Mustafa, salah seorang pemain yang dibawa ke hospital itu "ditanduk dengan ganas" oleh pemain lawan.

"Beliau ditanduk pada bahagian antara mata dengan dahinya. Beliau berlumuran darah semasa terbaring di padang. Ia mengambil sedikit masa untuk menenangkan beliau," tambah Encik Mustafa lagi.

Pemain dengan muka yang berlumuran darah itu dipaparkan dalam video pergaduhan yang kini menjadi tular di media sosial dan WhatsApp.

Menurut Encik Mustafa,perlawanan itu tegang secara keseluruhannya, dengan para pemain saling menolak antara satu sama lain sepanjang perlawanan.Beliau menambah bahawa seorang pemain Ranger United juga menyiku pemain lawan 20 minit sebelum tamat permainan.

Encik Mustafa berkata, pergaduhan itu terlerai apabila berpuluh-puluh pegawai polis tiba di tempat kejadian.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan