Images

2 kursus kejururawatan dilancarkan di majlis Anugerah Merit Jururawat 2019

SINGAPURA: Dua kursus kejururawatan dilancarkan di majlis Anugerah Merit Jururawat 2019 hari ini (17 Jul).

Salah satu kursus itu akan membolehkan jururawat berpengalaman, dengan sijil NITEC, untuk memberi ubat kepada pesakit.

Satu lagi adalah kursus ijazah kejururawatan sambilan di NUS yang dibuka kepada jururawat berkelayakan diploma atau lebih tinggi.

Program tersebut bermula Ogos ini.

Mengumumkan kursus-kursus baru itu, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong menarik perhatian sekurang-kurangnya 130 individu sudah membuat pertukaran pertengahan kerjaya untuk menjadi jururawat.

Jumlah tersebut yang tertinggi dalam masa sedekad di bawah program Pertukaran Kerjaya kejururawatan.

"Saya gembira melihat tenaga kerja kejururawatan kita berkembang 17% antara 2013 dengan 2018, dengan adanya sekitar 42,000 jururawat pada penghujung 2018.

"Turut menggalakkan adalah pengambilan jururawat yang meningkat dalam tempoh yang sama, malah lebih pantas, iaitu 30%. Daripada lebih 1,600 pada tahun 2013 kepada jumlah ramai iaitu lebih 2,100 pada 2018," kongsi Encik Gan.

Dalam majlis itu, Encik Gan memberikan Anugerah Merit Jururawat kepada 101 penerima.

Para pemerima anugerah itu termasuklah 20 jururawat Melayu/Islam.

- CNA/MM/na

Top