Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 kes COVID-19 kunjungi HomeTeamNS Khatib 5 kali semasa tempoh berjangkit

Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di HomeTeamNS Khatib ditingkatkan setelah dua individu yang diuji positif COVID-19 mengunjungi kelab yang baru dibuka itu, menurut HomeTeamNS kepada Mediacorp pada Khamis (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
2 kes COVID-19 kunjungi HomeTeamNS Khatib 5 kali semasa tempoh berjangkit

(Gambar: Facebook/HomeTeamNS)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 10:12PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 10:16PM

SINGAPURA: Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di HomeTeamNS Khatib ditingkatkan setelah dua individu yang diuji positif COVID-19 mengunjungi kelab yang baru dibuka itu, menurut HomeTeamNS kepada Mediacorp pada Khamis (13 Ogos).

Pada Rabu (12 Ogos), HomeTeamNS Khatib merupakan antara lokasi baru yang ditambahkan dalam senarai Kementerian Kesihatan (MOH) bagi tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Dua kes COVID-19 yang mengunjungi HomeTeamNS Khatib di 2 Yishun Walk, berbuat demikian sebanyak lima kali sepanjang empat hari antara 31 Julai dengan 3 Ogos.

Dua dari itu, pada sebelah tengah hari dan malam pada 1 Ogos, melibatkan lawatan ke restoran Suki-Suki Thai Hot Pot dan Orchid Live Seafood di kelab berkenaan.

Kedua-dua individu itu, yang kini dirawat di hospital, tidak mengalami simptom ketika mengunjungi tempat itu, menurut HomeTeamNS.

HomeTeamNS dihubungi oleh MOH pada Selasa (11 Ogos) dan kini bekerjasama dengan kementerian itu bagi menjalankan pengesanan kontak, menurutnya.

"Tiada kakitangan kami yang terjejas, namun kami sedang memantau dengan teliti kesihatan mereka selama 14 hari daripada tarikh kontak. Para kakitangan yang mengalami demam atau sebarang simptom dinasihati untuk berjumpa doktor dengan segera," tambah HomeTeamNS.

Cawangan-cawangan yang terjejas dan semua tempat yang dikunjungi ramai seperti kelab HomeTeamNS Khatib dibershkan secara menyeluruh pada Rabu oleh sebuah agensi pembersihan yang dilantik oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan, menurut HomeTeamNS.

"Kelab ini juga meningkatkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di semua kawasan yang dikunjungi dan disentuh ramai."

HomeTeamNS Khatib dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos, dan ia adalah yang terbaru dari enam kelab HomeTeamNS bagi anggota kerahan (NS) daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Singapura (SCDF).

Bangunan itu seluas 1.5 hektar dan ia direka untuk menampung seramai 85,000 anggota.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan