Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 kelompok baru COVID-19 dilaporkan di Pusat Pertukaran Bas Boon Lay, dormitori 119 Neythal Road

Dua lagi kelompok baru dikenal pasti di Singapura pada Ahad (29 Ogos) melibatkan kakitangan di Pusat Pertukaran Bas Boon Lay dan satu lagi di dormitori di 119 Neythal Road di Pioneer.

Anggaran Waktu Membaca:
2 kelompok baru COVID-19 dilaporkan di Pusat Pertukaran Bas Boon Lay, dormitori 119 Neythal Road

Pusat Pertukaran Bas Boon Lay (Petikan skrin: Google Street View)

Diterbitkan : 29 Aug 2021 11:34PM Dikemas Kini : 29 Aug 2021 11:37PM

SINGAPURA: Dua lagi kelompok baru dikenal pasti di Singapura pada Ahad (29 Ogos) melibatkan kakitangan di Pusat Pertukaran Bas Boon Lay dan satu lagi di dormitori di 119 Neythal Road di Pioneer.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kininya pada sebelah malam mengenai keadaan koronavirus di sini.

KELOMPOK PERTUKARAN BAS BERTAMBAH

Pusat Pertukaran Bas Boon Lay, mempunyai 15 kes dengan tujuh kes baru COVID-19 menjadikannya kelompok aktif ketujuh melibatkan kakitangan di pusat pertukaran bas.

Tiga kes ditambah kepada kelompok di dormitori 119 Neythal Road, di Pioneer yang kini mempunyai empat kes jangkitan.

Kelompok COVID-19 melibatkan kakitangan di empat pertukaran bas bertambah hari ini.

Kelompok di Pusat Pertukaran Bas Toa Payoh bertambah 17 lagi kes, menjadi 51 kes. Enam kes ditambah kepada kelompok di Pusat Pertukaran Bas Clementi, yang kini mempunyai 14 kes.

Kelompok yang berhubung kait kakitangan di Pusat Pertukaran Bas Jurong East bertambah empat lagi kes, dengan keseluruhan jumlah jangkitan kini sebanyak 21 kes.

Pusat Pertukaran Bas Punggol pula bertambah menjadi 25 selepas tiga lagi kes dikenal pasti.

Satu kelompok sudah ditutup, menurut MOH, sambil menambah bahawa terdapat 67 kelompok aktif di Singapura dengan masing-masing mempunyai antara tiga dengan 1,155 jangkitan.

Sebanyak 124 kes tempatan baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari tadi, 21 daripadanya berhubung kait dengan kelompok Bugis Junction yang kini mempunyai 198 kes.

Daripada baki 103 kes, 37 berkait dengan kes terdahulu dan sudah dikuarantin, kata MOH.

Lagi 32 kes pula dikesan menerusi ujian pemantauan.

Sementara itu 34 kes tidak berhubung kait dengan kese sebelumnya buat masa ini, tambah MOH.

Dalam kalangan kes baru hari ini adalah seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk.

Selain itu, terdapat sembilan kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Tiga dikesan semasa ketibaan manakala lagi enam mengalami jangkitan semasa menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Secara keseluruhannya, terdapat 133 kes baru COVID-19 di Singapura hari ini.

6 DI ICU

Dalam pada itu, 414 pesakit dirawat di hospital, 14 daripadanya mengalami penyakit serius dan memerlukan bantuan oksigen. Enam dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Dalam kalangan mereka yang jatuh sakit, 14 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun dengan sembilan tidak divaksinasi atau baru menerima satu dos vaksin.

80 peratus penduduk Singapura kini sudah menerima suntikan lengkap dua dos vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung dalam catatan di Facebook, hari ini.

Setakat Ahad, Singapura melaporkan 67,304 kes COVID-19 secara keseluruhannya dengan 55 kematian akibat penyakit itu. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan