Images
  • nlb
    (Gambar: Mediacorp)

2 inisiatif baru program kidsREAD dilancarkan

SINGAPURA: Bagi memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak, lagi dua inisiatif program kidsREAD anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), dilancarkan hari ini (9 Nov).

Ini termasuklah sebuah program alumni serta risalah yang boleh dibawa pulang bagi menggalakkan keluarga untuk membaca di rumah.

Program alumni yang disasarkan kepada mereka yang berusia 9 tahun ke atas itu diharap dapat menarik lebih ramai anggota untuk menyertai program itu.

Antaranya, mereka berpeluang merancang program bacaan cuti sekolah untuk rakan-rakan sebaya.

Satu lagi inisiatif adalah buku dan poskad kidsREAD yang membolehkan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan membaca di rumah.

Perubahan lain termasuk semakan kepada kurikulumnya bagi menyokong kesediaan digital dalam persekitaraan yang kian berubah-ubah.

"Kami juga mengubah kurikulum kidsREAD untuk tumpukan kepada konsep pelajaran STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Matematik)," menurut Cik Nur Fitri Muhd Syafran, pustakawan yang mengendalikan Bahasa Melayu, Kandungan & Perkhidmatan Perpustakaan Awam.

"Kami juga bekerjasama dengan IMDA untuk menghasilkan sebuah permainan papan di mana ia akan mengajarkan kanak-kanak tentang konsep pemikiran pengkomputeran." 

- CNA/SY/ha

Top