Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 inisiatif baru diperkenalkan bagi pertingkat sektor sosial

Sektor khidmat sosial sedang berusaha untuk memudahkan lagi kerjasama dan mempertingkatkan penyediaan khidmat dengan memperkenalkan dua inisiatif digital baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jul 2018 04:32PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 12:01AM

SINGAPURA: Sektor khidmat sosial sedang berusaha untuk memudahkan lagi kerjasama dan mempertingkatkan penyediaan khidmat dengan memperkenalkan dua inisiatif digital baru.

Inisiatif pertama adalah sistem IT yang berupaya memperbaiki proses bahagian belakang.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee melancarkan iShine Cloud di Sidang Puncak Khidmat Sosial hari ini (24 Jul).

Dihasilkan bersama oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Singapore Pools, iShine Cloud menyediakan pelbagai khidmat pengkomputeran awan tertentu bagi sektor amal.

Ini termasuk pakej perkakas daya penghasilan pejabat, penyimpanan bersama, pakej sumber manusia dan perakaunan yang boleh dimanfaatkan oleh Pertubuhan Kebajikan Sukarela (VWO) melalui subsidi yang ditawarkan. Mereka yang memerlukan dana juga boleh memanfaatkan Dana Keupayaan Pertubuhan Amal-VWO NCSS.

"Ia akan membolehkan para karyawan khidmat sosial untuk menumpukan perhatian kepada para pelanggan dan bukan lagi dibebani dengan tugas-tugas pentadbiran," kata Encik Lee.

"Inisiatif seperti iShine Cloud juga boleh membantu sektor kami untuk menggunakan IT dan memperbaiki proses-proses kerja dengan mengumpulkan keperluan yang sama dari pelbagai VWO.

"Ini membolehkan kami untuk mencapai ekonomi skala dan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber yang ada dan bukan setakat bergantung kepada sumber-sember dalam VWO kami tetapi dari seluruh sektor."

PENGEMUDI KHIDMAT SOSIAL

Inisiatif kedua ialah Pengemudi Khidmat Sosial, sebuah wadah online interaktif dan aplikasi yang mengumpul maklumat mengenai para penyedia khidmat sosial, program dan sumber dari merata Singapura. Pangkalan data ini membantu para pekerja khidmat sosial mencari sumber-sumber yang diperlukan untuk menyokong tugas harian mereka.

Wadah ini juga bertujuan untuk mengurangkan masa yang diambil pekerja khidmat sosial untuk mencari program-program sesuai bagi menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik lagi. Pada masa yang sama, wadah tersebut juga bertujuan mengurangkan duplikasi khidmat dan mengenal pasti sebarang kelemahan pada khidmat yang disediakan.

Satu lagi isu penting yang dibincangkan di acara itu adalah isu model baru bagi pembiayaan dana dalam sektor khidmat sosial, dengan memberi tumpuan kepada isu kelestarian dan kekurangan dana.

Naib Presiden NCSS, Anita Fam mengendalikan perbincangan panel yang melibatkan Encik Lee dan Anggota Parlimen Dilantik Chia Yong Yong.

Perbincangan itu memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan khidmat sosial, iaitu bagaimana untuk mencari cara-cara bagi membiayai program dan operasi masing-masing.

Sumber : CNA/KN/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan