Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 hotel ambil khidmat kawalan haiwan perosak selepas aduan kuarantin

Dua hotel bertaraf tinggi mendapatkan khidmat kawalan haiwan perosak selepas beberapa tetamu yang sedang menjalani notis jangan keluar rumah di sana mengadu tentang banyak lipas di bilik hotel mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
2 hotel ambil khidmat kawalan haiwan perosak selepas aduan kuarantin

Gambar lipas berkeliaran yang dipetik oleh tetamu bilik hotel Grand Copthorne Waterfront.

Diterbitkan : 02 Dec 2020 10:19AM Dikemas Kini : 02 Dec 2020 10:21AM

SINGAPURA: Dua hotel bertaraf tinggi mendapatkan khidmat kawalan haiwan perosak selepas beberapa tetamu yang sedang menjalani notis jangan keluar rumah di sana mengadu tentang banyak lipas di bilik hotel mereka.

Para tetamu di hotel Grand Copthorne Waterfront dan Swissotel The Stamford memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan lipas-lipas itu dalam sebuah kumpulan Facebook bagi orang ramai berkongsi maklumat mengenai hotel dan pengalaman mereka menjalani kuarantin.

Beberapa tetamu memberitahu Mediacorp bahawa mereka terkejut apabila menemui lipas berkeliaran di atas makanan, katil dan tempat-tempat lain - dan berdepan masalah yang sama meskipun selepas bertukar bilik.

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Isnin (30 Nov), seorang jurucakap hotel Grand Copthorne Waterfront berkata hotel itu memandang serius aduan tersebut.

"Hotel-hotel kami mengamalkan proses pembersihan ketat yang mematuhi protokol notis jangan keluar rumah diperlukan bagi pembersihan dan pembasmian kuman. Grand Copthorne Waterfront telah mendapatkan khidmat pakar kawalan haiwan perosak untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh dan penyemburan asap di premis itu.

"Pihak hotel juga mempertingkatkan kekerapan prosedur pembersihan bagi semua bilik, termasuk pembasmian kuman secara menyeluruh di kawasan yang sukar dijangkau."

Seorang wakil dari Swissotel The Stamford berkata "para pakar bertauliah dipanggil serta-merta sebaik sahaja kami dimaklumkan, untuk menyelesaikan isu itu dan mengelakkan kejadian serupa berlaku lagi".

"Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti bagi memastikan keselamatan dan ketenangan fikiran bagi para tetamu kami," kata jurucakap itu.

Ini bukan kali pertama aduan dibuat mengenai kemudahan tersebut.

Pada September lalu, para tetamu yang menjalani notis jangan keluar rumah di Park Hotel Alexandra mengadu tentang tahap kebersihan tidak memuaskan di bilik-bilik yang dikhaskan yang mana tandas tidak dipam atau terdapat air kencing di atas lantai.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan