Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 e-basikal diubah suai secara haram dirampas di Bedok

Dua basikal elektrik atau e-basikal yang diubah suai dirampas oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semasa operasi dijalankan di pusat bandar Bedok malam Selasa (30 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
2 e-basikal diubah suai secara haram dirampas di Bedok

Dua e-basikal dirampas LTA di pusat bandar Bedok. (Gambar: Facebook/LTA)

Diterbitkan : 31 Jan 2018 06:26PM Dikemas Kini : 31 Jan 2018 06:28PM

SINGAPURA: Dua basikal elektrik atau e-basikal yang diubah suai dirampas oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semasa operasi dijalankan di pusat bandar Bedok malam Selasa (30 Jan).

Basikal-basikal tersebut tiada pelekat pengesahan oleh LTA dan kelajuannya diubah suai secara haram, menurut LTA menerusi laman Facebooknya hari ini (31 Jan).

Kedua-dua penunggangnya sedang membantu siasatan LTA, tambahnya.

Semasa operasi itu, para pegawai LTA juga mengedarkan risalah-risalah kepada 35 pengguna e-basikal dan alat mobiliti peribadi untuk membantu mereka mengamalkan tabiat menunggang dengan selamat dan mematuhi peraturan, menurut catatan tersebut.

Mulai esok (1 Feb), semua e-basikal mesti berdaftar dan ditampal pelekat pengesahan LTA.

Mereka yang didapati menyimpan atau menggunakan e-basikal yang tidak berdaftar atau tanpa nombor plat yang sah boleh didenda sehingga $2,000 dan dipenjara sehingga tiga bulan.

Sejauh ini, lebih 13,000 e-basikal sudah didaftarkan, menurut LTA.

Para pengguna e-basikal dengan pelekat berwarna jingga boleh mendaftar online di laman One Motoring.

Para pengguna e-basikal dengan pelekat berwarna biru pula tidak dibenarkan membuat pendaftaran.

"LTA akan terus mempertingkat usaha-usaha penguatkuasaan," menurut LTA.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan