Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 ditangkap, 2.6kg dadah kanabis dirampas CNB

Dua lelaki ditangkap dan sekitar 2.6 kilogram kanabis sintetik dirampas dalam satu operasi Rabu lalu (6 Dis) yang dijalankan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dan disokong oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) serta Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Anggaran Waktu Membaca:
2 ditangkap, 2.6kg dadah kanabis dirampas CNB

Para pegawai SCDF harus memakai sut tersebut kerana udara dalam unit berbahaya. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 08 Dec 2017 11:26PM Dikemas Kini : 08 Dec 2017 11:28PM

SINGAPURA: Dua lelaki ditangkap dan sekitar 2.6 kilogram kanabis sintetik dirampas dalam satu operasi Rabu lalu (6 Dis) yang dijalankan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dan disokong oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) serta Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Pada 6 Disember, para pegawai CNB memantau dua suspek pesalah dadah di pekarangan Yishun Industrial Street 1. Kedua-dua lelaki rakyat Singapura masing-masing berusia 40 dan 45 tahun ditemui memasuki unit di sebuah bangunan perindustrian.

Berikutan siasatan lanjut, para pegawai CNB menyerbu masuk unit itu dan menangkap kedua-dua lelaki berkenaan. Para pegawai itu terus meninggalkan unit tersebut selepas mengesan bau yang busuk.

Kemudian, SCDF mengerahkan pasukan pakar Bahan Berbahaya untuk menyiasat bau busuk itu. Udara dalam unit berkenaan diisytiharkan sebagai berbahaya dan pengalihan udara secara terkawal dijalankan. Selepas unit itu disahkan selamat, pegawai CNB dan HSA memasukinya dan menjalankan siasatan yang lebih lanjut ke atas pekarangan itu.

Sebanyak 2.6 kilogram kanabis sintetik dan 500 gram bahan berserbuk yang tidak dikenal pasti dirampas dari unit itu.

Kedua-dua lelaki berkenaan sedang disiasat kerana penghasilan dadah terkawal secara haram. Sekiranya didapati bersalah menghasilkan dadah terkawal Kelas A, kedua-duanya menghadapi hukuman penjara minimum 10 tahun dan lima sebatan rotan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan