Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 ditahan, dadah bernilai S$73,000 dirampas dalam operasi CNB

Para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas dua orang dan merampas dadah bernilai S$73,000 dalam satu operasi pada Selasa (11 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
2 ditahan, dadah bernilai S$73,000 dirampas dalam operasi CNB

(Gambar: CNB)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 05:14PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 05:16PM

SINGAPURA: Para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas dua orang dan merampas dadah bernilai S$73,000 dalam satu operasi pada Selasa (11 Feb).

Dalam satu kenyataan media pada Rabu (12 Feb), CNB menyatakan bahawa seorang lelaki rakyat Singapura berusia 46 tahun dan seorang lelaki warga Malaysia berusia 40 tahun ditangkap di Sengkang.

Para pegawai CNB pada petang Selasa, mengesan lelaki rakyat Singapura itu, yang disyaki pengedar dadah, memasuki sebuah kereta yang dipandu oleh suspek warga Malaysia di Compassvale Drive.

Mereka kemudian memandu ke Rivervale Drive, di mana lelaki rakyat Singapura itu turun kereta. Dia diberkas tidak lama kemudian.

Para pegawai CNB juga mengekori dan memintas kereta tersebut di Rivervale Lane dan memberkas suspek warga Malaysia itu. Dua bungkusan Ice yang beratnya sekitar 267 gram dijumpai dalam kereta itu.

Para pegawai CNB kemudian mengiringi suspek warga Singapura ke tempat persembunyiannya di Compassvale Drive, di mana sekitar 440 gram heroin, 116 gram Ice, 4 gram ganja, sebanyak 110 pil Emirin-5, 102 pil Ecstasy dan sebotol methadone ditemui dalam unit tersebut.

Jumlah heroin yang dirampas itu cukup untuk memenuhi ketagihan sekitar 210 penagih selama seminggu. Manakala, jumlah Ice yang dirampas cukup untuk kegunaan 220 penagih selama seminggu.

Siasatan ke atas kegiatan dadah kedua-dua suspek sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan