Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 diselamatkan dari belebas tingkap dapur dalam kebakaran di Bedok North

Dua orang diselamatkan daripada belebas tingkap sebuah flat tingkat 7 di Bedok North pagi tadi (24 Apr), menyusuli satu kebakaran.

Anggaran Waktu Membaca:
2 diselamatkan dari belebas tingkap dapur dalam kebakaran di Bedok North

Kebakaran di Bedok North pada 24 Apr 2021 yang libatkan basikal elektrik (Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 24 Apr 2021 04:20PM Dikemas Kini : 24 Apr 2021 04:31PM

SINGAPURA: Dua orang diselamatkan daripada belebas tingkap sebuah flat tingkat 7 di Bedok North pagi tadi (24 Apr), menyusuli satu kebakaran.

Menulis di Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang satu kejadian kebakaran di Blk 557 Bedok North St 3 pada sekitar 10.25 pagi.

"Kebakaran itu melibatkan barang-barang dalam sebuah bilik tidur di unit tingkat 7 dan koridor di luar rumah itu," menurut SCDF.

Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dengan menggunakan satu pek kabus udara padat dan satu gelung hos.

Anggota SCDF turut menyelamatkan dua orang yang ditemui terperangkap di belebas luar dapur rumah tersebut.

Mereka dibawa masuk menerusi tingkap dapur lalu dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana terhidu asap.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak polis mengarahkan 45 penduduk flat itu berpindah ke tempat yang selamat.

SCDF menambah, siasatan awal terhadap kejadian itu mendapati bahawa ia berpunca daripada basikal elektrik (PAB) yang sedang dicas ketika waktu kejadian.

Dalam pada itu, SCDF mengingatkan orang ramai agar mengikuti tip-tip keselamatan agar dapat mengelakkan kebakaran berkaitan PAB.


(Sumber: SCDF)

(Sumber: SCDF)

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan