Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 didakwa keluar rumah; tunggang PMD dengan orang lain semasa 'circuit breaker'

Dua orang didakwa pada Rabu (17 Jun) kerana meninggalkan rumah masing-masing semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID1-9 untuk menunggang alat mobiliti peribadi (PMD) secara berkumpulan. 

Anggaran Waktu Membaca:
2 didakwa keluar rumah; tunggang PMD dengan orang lain semasa 'circuit breaker'

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 17 Jun 2020 02:17PM Dikemas Kini : 17 Jun 2020 02:19PM

SINGAPURA: Dua orang didakwa pada Rabu (17 Jun) kerana meninggalkan rumah masing-masing semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 untuk menunggang alat mobiliti peribadi (PMD) secara berkumpulan.

Nur Muhammad Danish Safhuda Bin Safar Rudin, 19 tahun, dan Izzati Nadirah Ibrahim, 25 tahun, masing-masing dikenakan dua tuduhan melanggar peraturan COVID-19.

Ini termasuk meninggalkan rumah mereka semasa tempoh pemutus jangkitan dan berjumpa dengan orang lain bagi tujuan sosial.

Danish dituduh meninggalkan flatnya di Bedok North dari jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi pada 25 April.

Dia didakwa menunggang alat mobiliti peribadi yang tidak dinyatakan ke kawasan-kawasan termasuk Marina Bay Sands, Mount Faber dan Lower Delta Road.

Di Lower Delta Road, dia dituduh berjumpa dengan 15 orang lain.

Mereka didakwa bertemu pada 3.47 pagi bagi tujuan sosial termasuk bersembang dan menunggang PMD.

Tuduhan ke atas Izzati adalah serupa dengan Danish kecuali alamatnya sahaja di Tampines.

Kedua-dua tertuduh berkata mereka akan mengaku bersalah dan meminta agar hukuman mereka diringankan. Mereka akan kembali dihadapkan ke mahkamah untuk mengaku bersalah pada 15 Julai.

Bagi setiap tuduhan melanggar peraturan COVID-19, mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak melebihi S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

SPF menyatakan para pegawai polis terlihat sekumpulan orang menunggang PMD dengan pembonceng di Lower Delta Road.

Selain Danish dan Izzati, individu lain yang terlibat akan "ditangani secara berasingan", menurut polis.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan