Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 dibawa ke hospital susuli kebakaran di stesen MRT Somerset

Dua orang dibawa ke hospital selepas satu kebakaran berlaku di stesen MRT Somerset pada awal pagi Jumaat (16 Okt), demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Anggaran Waktu Membaca:
2 dibawa ke hospital susuli kebakaran di stesen MRT Somerset

(Gambar: Facebook/SMRT)

Diterbitkan : 16 Oct 2020 07:40PM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 08:04PM

SINGAPURA: Dua orang dibawa ke hospital selepas satu kebakaran berlaku di stesen MRT Somerset pada awal pagi Jumaat (16 Okt), demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

SCDF menyatakan pada kira-kira pukul 12.45 pagi Jumaat, ia dimaklumkan mengenai satu kebakaran di stesen MRT Somerset, yang terletak di landasan bawah tanah Laluan Utara-Selatan (NSL).

"Kebakaran itu melibatkan bahagian enjin lokomotif kereta api," menurut SCDF.

Kakitangan SMRT yang mengendalikan laluan itu, berjaya memadamkan kebakaran menggunakan empat alat pemadam api sebelum SCDF tiba, menurut pihak berkuasa.

Dua orang dibawa ke Hospital Besar Singapura kerana terhidu asap.

"Punca kebakaran masih disiasat," menurut SCDF.

Mediacorp sudah pun menghubungi SMRT bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan