Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 cedera selepas kereta mayat rempuh kereta di Mandai Road

Dua orang dikejarkan ke hospital selepas sebuah kereta dan sebuah kereta mayat berlanggar di Mandai Road pada Selasa (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
2 cedera selepas kereta mayat rempuh kereta di Mandai Road

Kemalangan di Mandai Road menuju ke arah Mandai Avenue 1. (Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

Diterbitkan : 10 Jan 2019 11:01PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 05:18PM

SINGAPURA: Dua orang dikejarkan ke hospital selepas sebuah kereta dan sebuah kereta mayat berlanggar di Mandai Road pada Selasa (8 Jan).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan di Mandai Road, menghala ke arah Mandai Avenue 1 sejurus sekitar 3.30 petang.

Polis memberitahu Mediacorp hari ini (10 Jan) bahawa mangsa-mangsa yang cedera, masing-masing berusia 30 dan 32 tahun, dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat. Salah seorang daripada mereka berada di dalam kereta terbabit ketika perlanggaran itu berlaku, manakala seorang lagi berada di dalam kereta mayat itu.

Kereta mayat dengan nama penyedia khidmat jenazah Casket Fairprice yang dipaparkan di pintu pemandu dipercayai terbabas ke lorong bertentangan lalu merempuh sebuah kereta berwarna perak.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Buat masa ini, tidak diketahui sama ada kereta mayat berkenaan sedang membawa mayat ketika kejadian itu berlaku. 

Gambar-gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahagian hadapan kenderaan jenazah itu remuk akibat nahas tersebut. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan