Images
  • fire bukit merah
    (Gambar: SCDF)

2 cedera dalam kebakaran di flat Jalan Bukit Merah

SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di sebuah flat HDB di Jalan Bukit Merah pada Selasa (23 Feb), menyebabkan dua orang cedera.

Dalam satu catatan Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa mereka dimaklumkan pada pukul 6.50 pagi tentang kejadian kebakaran di sebuah unit tingkat 7 di Blok 105 Jalan Bukit Merah.

"Kebakaran itu melibatkan barang-barang dalam sebuah bilik tamu dan dipadamkan oleh SCDF menggunakan dua pek buih udara padat dan alat pemadam api," katanya.

Dua orang dibawa ke Hospital Besar Singapura dengan kecederaan akibat kebakaran.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekitar 20 penduduk dari unit-unit berhampiran diarahkan keluar oleh polis.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu mungkin berpunca dari sebuah alat mobiliti peribadi (PMD).

Sejak Julai tahun lalu, Penguasa Pengangkutan Darat mewajibkan semua pengguna PMD supaya mematuhi piawai keselamatan kebakaran UL2272.

SCDF menambah bahawa para pemilik alat yang tidak mematuhi piawai UL2272 sangat digalakkan untuk membuang alat-alat mereka di tempat kitar semula yang sewajarnya.

- TODAY/HA/ha

Top