Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 cawangan FairPrice Finest antara tempat baru dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Dua cawangan pasar raya FairPrice Finest adalah antara lokasi baru yang ditambah pada Selasa (11 Ogos) ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
2 cawangan FairPrice Finest antara tempat baru dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Petikan skrin: Google Maps)

Diterbitkan : 11 Aug 2020 11:55PM Dikemas Kini : 12 Aug 2020 12:00AM

SINGAPURA: Dua cawangan pasar raya FairPrice Finest adalah antara lokasi baru yang ditambah pada Selasa (11 Ogos) ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Sebuah cawangan terletak di 111 Somerset dan satu lagi di Bukit Panjang Plaza.

Tempat-tempat lain yang dimasukkan ke dalam adalah Pasar & Pusat Makanan Bukit Timah serta sebuah klinik dan tempat makan di 111 Somerset.

"Mereka yang telah dikenal pasti sebagai hubungan rapat kes-kes yang disahkan sudah dimaklumkan MOH," menurut kementerian itu.

Ia menambah bahawa sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di lokasi dan pada waktu yang tertera harus memantau rapi keadaan kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan hidung berhingus), serta demam dan hilangn deria rasa atau bau, dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka," kata MOH.

Kementerian itu menambah bahawa orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat tersebut.

Menurutnya Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan melibatkan pengurusan premis terbabit untuk memberikan panduan mengenai pembersihan dan pembasmian kuman.

Pada Selasa, Singapura melaporkan 61 jangkitan baru COVID-19, yang paling rendah tercatat sejak April. Mereka termasuk dua kes dalam masyarakat - seorang lelaki 30 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan 1 tahun - yang dikaitkan dengan kes sebelumnya.

Sebilangan besar jangkitan adalah pemegang permit kerja yang dikuarantin.

Sebanyak 37 kelompok COVID-19 di dormitori pekerja asing juga ditutup setelah mereka disahkan bebas COVID-19, menurut MOH. Dormitori tersebut kini hanya menempatkan individu yang sudah pulih dan mereka yang baru-baru ini diuji negatif jangkitan COVID-19.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan