Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 bekas banduan ini bukan setakat sumbang semula; malah turut ukir nama dalam masyarakat

Pelbagai cabaran dan rintangan harus diharungi seorang bekas banduan yang ingin membuka lembaran baru dalam kehidupan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
2 bekas banduan ini bukan setakat sumbang semula; malah turut ukir nama dalam masyarakat

Encik Mohamed Nor Ismail (kiri) dan Encik Latiff (kanan). (Gambar: Yellow Ribbon Project Singapore/Facebook)

BERITAmediacorp: Pelbagai cabaran dan rintangan harus diharungi seorang bekas banduan yang ingin membuka lembaran baru dalam kehidupan mereka.

Dalam usaha berintegrasi semula dan menyesuaikan diri dengan masyarakat, ramai yang mengambil iktibar daripada masa silam mereka untuk berubah dan mempertingkatkan diri, malah ramai juga yang menyumbang semula kepada masyarakat.

SOKONGAN KELUARGA PENTING DALAM PEMULIHAN

Bagi Encik Mohamed Nor Ismail, ketabahan dan sokongan keluarga yang kukuh memainkan peranan penting dalam proses pemulihannya setelah dibebaskan dari penjara.

Kini, beliau sudah bebas daripada kesalahan jenayah mahupun dadah selama 18 tahun. Pada masa lapangnya, Encik Mohamed adalah seorang sukarelawan di Rumah Peralihan Jamiyah di mana beliau mendampingi para penghuni melalui ceramah motivasi dan kerja-kerja sukarela di luar negara.

Lebih mengagumkan lagi, Encik Mohamed juga adalah seorang usahawan berjaya yang mengasaskan syarikat khidmat perkahwinan dan kateringnya sendiri, Amani Weddings Pte Ltd.

Katanya, ibu beliaulah insan yang mendorongnya untuk merubah kehidupannya.

"Saya memberitahu arwah ibu bahawa suatu hari nanti, saya akan membanggakannya."

Atas sumbangannya, Encik Mohamed adalah satu-satunya orang Melayu dalam kalangan 5 penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang di Majlis Penyampaian Anugerah Meraikan Peluang Kedua Reben Kuning.

"Saya gembira dan berbesar hati menerima anugerah ini daripada Projek Reben Kuning. Ia boleh dijadikan sebagai contoh kepada yang lain supaya sentiasa yakin dengan diri mereka sendiri kerana tiada yang mustahil," tegasnya.

Kisah perjalanan Encik Mohamed yang membanggakan ini dipaparkan dalam catatan Facebook Projek Reben Kuning Singapura pada Selasa (8 Okt).

INGIN BERI ILHAM KEPADA BEKAS BANDUAN LAIN

Bagi Encik Latiff pula, beliau ingin membantu para bekas banduan sepertinya kembali ke pangkal jalan menerusi karya seninya.

Tekad dan kesungguhan beliau ini dipaparkan dalam catatan Facebook Projek Reben Kuning Singapura pada Isnin (30 Sep).

Encik Latiff, seorang artis yang berbakat, berkata: "Inspirasi saya bagi bidang seni adalah untuk membolehkan para bekas bantuan merasakan bahawa mereka boleh menjadi seseorang."

"Mesej saya kepada mereka adalah kadangkala, mereka mungkin menghadapi masa-masa sukar yang mencabar tetapi mereka perlu tabah dan mereka harus bertahan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah."

Majlis Penyampaian Anugerah Meraikan Peluang Kedua Reben Kuning akan berlangsung pada Sabtu (12 Okt). 

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan