Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 AP kemuka pertanyaan parlimen tentang bayaran CPF

Dua Anggota Parlimen (AP) mengemukakan pertanyaan berhubung skim bayaran persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi sidang Parlimen bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
2 AP kemuka pertanyaan parlimen tentang bayaran CPF

Gambar fail bangunan CPF. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 10:56PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 10:59PM

SINGAPURA: Dua Anggota Parlimen (AP) mengemukakan pertanyaan berhubung skim bayaran persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi sidang Parlimen bulan depan.

Ini selepas surat berhubung isu berkenaan dimuatnaikkan secara online dan mencetuskan perbincangan tentang bagaimana bayaran bulanan di bawah Skim Jumlah Persaraan sepatutnya diagihkan secara automatik apabila para pencarum CPF mencecah usia 65 tahun.

Terdapat juga dakwaan bahawa CPF secara 'senyap-senyap' menaikkan usia mengeluarkan wang dari 65 tahun kepada 70 tahun. Lembaga CPF menafikan dakwaan tersebut dalam satu catatan Facebook.

Ia menarik perhatian bahawa para pencarum boleh mula menerima bayaran bulanan daripada usia 65 tahun jika mereka mendaftarkan diri untuk berbuat demikian. Jika mereka tidak mendaftarkan diri, bayaran akan mula dibuat secara automatik selepas mereka mencecah usia 70 tahun.

Usia permulaan bagi bayaran CPF secara automatik dilaksanakan dari Januari 2018, tambahnya.

MASIH ADA RUANG UNTUK BAIKI, MENURUT BEBERAPA AP

Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Tenaga Manusia, Patrick Tay, memberitahu Mediacorp bahawa beliau sudah mengemukakan soalan tentang sama ada Lembaga CPF akan menyemak semula skim itu dan membenarkan bayaran CPF diagihkan secara automatik pada usia 65 tahun.

Anggota GPC Tenaga Manusia Lim Biow Chuan juga mengemukakan soalan tentang sama ada Lembaga CPF akan merubah dasar-dasarnya untuk membenarkan pengeluaran wang CPF secara automatik pada usia 65 tahun, manakala mereka yang ingin mengeluarkan wang pada usia lebih lanjut boleh memaklumkan CPF menerusi borang pilih keluar.

Encik Lim berkata surat yang dikeluarkan oleh Lembaga CPF, yang menyatakan bahawa para pencarum tidak perlu mengambil sebarang tindakan sekiranya mereka ingin menerima bayaran pada usia 70 tahun, memberi gambaran bahawa usia pengeluaran wang CPF dilanjutkan.

Encik Lim menambah, baginya mekanisme yang membolehkan para pencarum untuk memilih keluar daripada skim bayaran pada usia 65 tahun adalah lebih baik.

Sungguhpun demikian, bukan semua AP mendapati cara memaklumkan para pencarum CPF tentang pilihan mereka menimbulkan masalah besar sekarang.

Timbalan Pengerusi GPC Tenaga Manusia Zainal Sapari memberitahu Mediacorp bahawa cara berkomunikasi dan kemudian mengagihkan bayaran yang ada sekarang adalah cara "paling munasabah dan berkesan".

Meskipun ramai orang di wadah online menyokong mekanisme untuk memilih keluar jika mereka ingin menangguhkan bayaran, para anggota GPC lain menyarankan bahawa isu-isu serupa mungkin dihadapi mereka yang ingin menerima bayaran pada usia lebih lanjut.

"Jika bayaran dilakukan secara automatik pada usia 65 tahun, mungkin terdapat juga keadaan seorang pencarum yang sebenarnya mahu mendapat bayaran pada usia 70 tahun tetapi terlupa untuk memilih keluar," kata Encik Zainal.

Anggota GPC Tenaga Manusia Cheryl Chan dan Yee Chia Hsing bersetuju.

Encik Yee menambah bahawa oleh kerana rakyat Singapura kini bekerja sehingga lanjut usia, dengan usia pengambilan semula pekerja dinaikkan kepada 67 tahun, adalah munasabah jika mereka mahu menerima bayaran lebih lewat. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan