Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

$2.3 juta berjaya dikumpul sepanjang 19 tahun Beriani Amal Cabaran Presiden dianjurkan

Sebanyak $2.3 juta berjaya dikumpulkan sepanjang 19 tahun Beriani Amal Cabaran Presiden dianjurkan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak $2.3 juta berjaya dikumpulkan sepanjang 19 tahun Beriani Amal Cabaran Presiden dianjurkan.

Usaha tersebut menghimpunkan semua masjid di Singapura bagi menyerlahkan komitmen masyarakat Islam di sini dalam memupuk masyarakat yang prihatin dan inklusif, terutama sekali bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Awal hari ini (7 Jul), Presiden Halimah Yacob dan suaminya Muhamed Abdullah Alhabsee memulakan Cabaran Presiden tahun ini di Masjid Khalid.

MUIS

(Gambar: MUIS)

Mereka menghidangkan beriani kepada 20 tetamu istimewa dari Sree Narayana Mission Home dan Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Jamiyah, iaitu dua rumah tumpangan yang disokong Kelompok Masjid itu dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin.

"MEMPERLIHATKAN PERWATAKAN UNIK MASYARAKAT ISLAM S'PURA"

Turut hadir ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli.

Beliau menarik perhatian usaha kolektif tersebut adalah cara unik masyarakat Islam di sini membentuk identiti mereka.

"Saya rasa ini sesuatu yang menakjubkan, ia menunjukkan perwatakan unik masyarakat Islam di Singapura.

"Mereka mahu membantu tanpa mengira latar belakang, agama dan bahasa. Inilah yang harus kita kekalkan bagi memastikan kita terus hidup dengan harmoni," kata Encik Masagos.

3,000 KUPON DIAGIHKAN MULAI HARI INI

Orang ramai yang mahu menyumbang kepada Cabaran Presiden 2019 boleh membeli kupon $10 yang kini dijual di kesemua masjid di Singapura bermula hari ini (7 Jul).

Sejumlah 3,000 kupon beriani amal akan diagihkan dan beriani tersebut boleh didapatkan pada 25 Ogos ini di Masjid Khalid.

Kesemua 70 masjid juga akan mengagihkan beriani tersebut pada 2 Ogos.

Beriani berkenaan disediakan khas oleh pengerusi Masjid Khalid, Haji Alla’udin Mohamed.

Tahun ini juga kali terakhir acara tersebut diadakan di Masjid Khalid sebelum masjid itu ditutup buat sementara waktu bagi memudahkan kerja-kerja naik taraf. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan