Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,000 pelawat hadiri rumah terbuka Istana sempena Hari Kebangsaan

Pekarangan Istana dibuka kepada orang ramai hari ini (28 Ogos) sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
2,000 pelawat hadiri rumah terbuka Istana sempena Hari Kebangsaan

(Gambar: MCI, Facebook/Halimah Yacob)

Diterbitkan : 28 Aug 2021 07:12PM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 07:14PM

SINGAPURA: Pekarangan Istana dibuka kepada orang ramai hari ini (28 Ogos) sempena sambutan Hari Kebangsaan.

2,000 pelawat mengunjungi rumah terbuka itu, yang sepatutnya diadakan pada 1 Ogos lalu.

Namun, tarikh asalnya ditangguh dek langkah membendung COVID-19 yang diperketat.

Istana ditutup kepada umum sejak Februari lalu.

Para pengunjung berpeluang menikmati keindahan pekarangan Istana, termasuk Kebun Inklusif yang dilancarkan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, tiada persembahan, pameran atau lawatan berpandu diadakan pada tahun ini bagi mencegah orang ramai daripada berkumpul.

Lawatan tahun ini juga dikawal lebih ketat.

Hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan masuk dan pelawat dikehendaki mematuhi slot masa kunjungan yang ditetapkan.

Sungguhpun perlu mematuhi langkah-langkah ketat, ia tidak mematahkan semangat para pengunjung. 

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan