Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,000 pelajar dan karyawan Melayu/Islam akan didekati supaya ceburi bidang infokom

Sekitar 2,000 pelajar Melayu/Islam dari institusi pengajian posmenengah dan golongan Profesional, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET), dijangka didekati dalam usaha memacu pelibatan belia serta karyawan Melayu/Islam dalam bidang teknologi infokom.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 2,000 pelajar Melayu/Islam dari institusi pengajian posmenengah dan golongan Profesional, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET), dijangka didekati dalam usaha memacu pelibatan belia serta karyawan Melayu/Islam dalam bidang teknologi infokom.

Ini akan dilaksanakan menerusi satu kerjasama antara Yayasan MENDAKI dengan syarikat pendidikan global, General Assembly (GA).

Usahasama tersebut dirasmikan menerusi satu Memorandum Persefaham (MOU) hari ini (23 Apr) antara kedua-dua pihak.

MELAYU KURANG CEBURI BIDANG ICT

Adanya faktor kekurangan kesedaran dan maklumat tentang peluang kerjaya dalam bidang ICT, dipercayai menjadi punca utama generasi muda kurang menceburi bidang itu.

Maka itu MENDAKI dan General Assembly membuat keputusan untuk merapatkan jurang maklumat itu.

General Assembly adalah syarikat global yang menawarkan program-program peningkatkan kemahiran dalam sektor teknologi seperti penulisan kod, rekaan dan pemasaran digital.

Kerjasama bersama GA ini diharap dapat meningkatkan lagi mutu program-program inisiatif Future Ready kendalian MENDAKI.

Melalui kerjasama ini, Ketua Pegawai Eksekutif MENDAKI, Cik Rahayu Buang, berharap ia akan membuka peluang bagi para pelajar untuk mendalami bidang ICT.

"Pelajar dan golongan karyawan kita boleh merebut peluang ini untuk mengetahui lebih dalam lagi apakah kerjaya di dalam bidang ICT dan apakah yang mereka boleh ceburi dan bagaimana mereka boleh mendapatkan kemahiran dan latihan untuk menceburi bidang ini," jelas Cik Rahayu.

GA pula menyifatkan kerjasama ini sebagai suatu usaha melengkapi lagi usaha-usaha MENDAKI.

"GA membantu selaku penyedia pendidikan, membantu selaku penyedia dalam bidang teknologi, data dan rekaan. Jadi lebih kepada berkolaborasi dengan mereka dan meluaskan apa yang sudahpun mereka lakukan," kata Pengarah Serantau GA, Cik Aziza Sheerin.

Menerusi kerjasama itu juga, GA akan membantu MENDAKI dalam pengendalian program-program seperti makmal kerja, seminar dan ceramah sepanjang dua tahun ini.

Seminar 'NextStop' yang berjudul 'Game Changers in the Future Economy' atau Perubahan Besar dalam Ekonomi Masa Depan, akan diadakan pada 5 Mei.

Para pelajar Melayu/Islam yang akan didekati terdiri daripada pelajar pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan