Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,000 pekerja asing sertai karnival sempena Hari Buruh

Sempena Hari Buruh, satu karnival diadakan bagi para pekerja asing dalam sektor binaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Apr 2018 07:04PM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 09:55PM

SINGAPURA: Sempena Hari Buruh, satu karnival diadakan bagi para pekerja asing dalam sektor binaan.

Acara yang dianjurkan oleh Persatuan Kontraktor Singapura itu turut disertai Menteri Negara Tenaga Manusia Sam Tan.

Encik Tan berkata bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja

Beliau juga menyeru para pekerja supaya bersikap proaktif untuk mencegah berlakunya kemalangan di tempat kerja.

Ini memandangkan bahawa secara keseluruhannya, terdapat 42 kematian di tempat bekerja tahun lalu.

Dalam beberapa bulan tahun ini sahaja, sudah terdapat lapan kematian di tempat kerja, dengan purata sekitar dua kematian setiap bulan.

Menurut Encik Tan, sikap proaktif boleh dipupuk jika para pekerja memberitahu majikan mereka sekiranya mengesan keadaan yang berbahaya.

Sekiat 2,000 pekerja asing menghadiri acara karnival itu.

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan