Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

192 penipuan libatkan cabutan bertuah di Lazada dan Shopee

Polis pada Jumaat (8 Nov) menyatakan pihaknya menerima sekurang-kurangnya 192 laporan penipuan melibatkan cabutan bertuah di wadah Lazada dan Shopee antara Januari dengan September tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
192 penipuan libatkan cabutan bertuah di Lazada dan Shopee

Polis menyatakan pihaknya menerima sekurang-kurangnya 192 laporan penipuan melibatkan cabutan bertuah di wadah Lazada dan Shopee. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 08 Nov 2019 10:19PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 10:22PM

SINGAPURA: Polis pada Jumaat (8 Nov) menyatakan pihaknya menerima sekurang-kurangnya 192 laporan penipuan melibatkan cabutan bertuah di wadah Lazada dan Shopee antara Januari dengan September tahun ini.

Jumlah penipuan itu mencapai sekurang-kurangnya S$194,000.

Dalam kes tersebut, para penipu akan menyamar sebagai rakan mangsa atau kenalan di Facebook dan Instagram.

Mereka kemudian akan meminta nombor telefon serta gambar kad kredit atau kad debit mangsa dengan alasan untuk membantu mereka mendaftar untuk cabutan bertuah yang didakwa dijalankan Lazada dan Shopee untuk memenangi wang.

Mangsa juga diberitahu untuk berkongsi kata laluan sekali sahaja (OTP) yang mereka menerima.

Mangsa hanya menyedari mereka ditipu setelah mendapati urus niaga tidak dibenarkan dibuat di akaun masing-masing, menurut polis.

Polis mengesahkan Lazada dan Shopee tidak menjalankan sebarang cabutan bertuah.

Pada Jumaat, polis menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap permintaan-permintaan luar biasa daripada individu yang tidak dikenali dan kenalan media sosial mereka. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan