Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

191 kes baru COVID-19; 135 lagi pesakit dibenar pulang

Lagi 135 pesakit COVID-19 di Singapura dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kininya pada Jumaat (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
191 kes baru COVID-19; 135 lagi pesakit dibenar pulang

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 11 Jul 2020 01:08AM Dikemas Kini : 11 Jul 2020 01:11AM

SINGAPURA: Lagi 135 pesakit COVID-19 di Singapura dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kininya pada Jumaat (10 Jul).

Kesemuanya seramai 41,780 pesakit virus korona itu sudah pulih setakat ini dan dibenarkan pulang.

Terdapat 203 kes disahkan COVID-19 masih dirawat di hospital, salah satunya berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Seramai 3,604 kes diasingkan dan dirawat di kemudahan pengasingan masyarakat.

Dalam pada itu, setakat tengah hari Jumaat MOH mengumumkan 191 kes baru COVID-19, termasuk 16 kes dalam masyarakat.

Mereka terdiri daripada tujuh warga Singapura, lima pemegang pas kerja dan empat pemegang permit kerja.

Sebanyak 174 kes yang dilaporkan pada Jumaat adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing, menurut kementerian itu lagi.

Terdapat satu kes import, seorang penduduk tetap yang pulang ke Singapura dari India pada 6 Julai. Beliau dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya di negara ini dan diuji positif semasa menjalani notis itu.

Lapan kes dalam masyarakat hari ini dikaitkan dengan kes atau kelompok sebelum ini.

Dua daripada kes itu adalah anggota keluarga sebuah kelompok keluarga di Blok 111 Tampines Street 11, dan sudah dikuarantin sebelum ini. Salah seorang daripada mereka adalah budak perempuan 7 tahun.

"Setakat ini tiada bukti menunjukkan penularan di luar dua anggota terjejas yang diumumkan sebelum ini," menurut MOH.

TEMPAT AWAM BARU

Sebanyak 12 tempat awam dilaporkan sebagai lokasi baru yang dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Ia termasuk pusat beli-belah seperti ION Orchard, NEX, Westgate dan Jurong Point, selain Mustafa Centre dan Ocean Cosmetics di Pusat Makan People's Park. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan