Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

19 penyedia katering 'singsing lengan' dengan HPB sediakan makanan sihat

Mengamalkan pemakanan sihat, walaupun ketika menjamu selera di majlis perkahwinan, kini tidak lagi menjadi masalah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mengamalkan pemakanan sihat, walaupun ketika menjamu selera di majlis perkahwinan, kini tidak lagi menjadi masalah.

Demi membudayakan pemakanan yang lebih sihat di kalangan masyarakat Melayu, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) berganding bahu dengan 19 penyedia khidmat katering perkahwinan untuk menawarkan menu yang kurang berminyak dan lebih berkhasiat.

Namun, dapatkah para pelanggan Melayu menerima pendekatan baru ini?

Sekurang-kurangnya 20 peratus penggunaan beras perang dalam hidangan nasi, serta tidak lebih daripada satu hidangan gorengan dalam sajian bufet, yang mempunyai kurang daripada lapan lauk-pauk.

Inilah antara garis panduan yang ditetapkan HPB untuk memudahkan pemilihan makanan lebih sihat ketika menghadiri majlis-majlis jamuan seperti jemputan kahwin.

Ia sebahagian daripada usaha yang diterajui Setiausaha Parlimen Kesihatan, Encik Amrin Amin, untuk memerangi dan menangani jumlah pesakit kencing manis yang tinggi di kalangan masyarakat Melayu.

Sebanyak 19 penyedia khidmat katering perkahwinan bekerjasama dengan HPB untuk menyokong usaha itu.

Di samping pakej-pakej yang sedia ada, mereka turut akan menawarkan menu lebih sihat. Ternyata, proses penyesuaian itu memerlukan ujian untuk memelihara kelazatan masakan tidak terjejas.

Antara tawaran baru yang menarik termasuk pisang goreng yang disajikan menggunakan penggoreng udara serta popiah Vietnam.

"Saya sangat gembira dengan sokongan mereka yang sangat kuat. Mereka beritahu saya juga apabila saya berjumpa mereka tadi yang semakin meningkat tempahan-tempahan menu-menu yang sihat ini. Jadi, ini satu perkembangan yang sangat baik untuk masyarakat kita kerana kita mahu memastikan yang kita dapat terus hidup sihat dan juga memelihara budaya kita, cara pemakanan kita dan sebagainya," kata Encik Amrin.

Walau bagaimanapun, selain cabaran mengubah tanggapan negatif sesetengah pihak, isu kos yang lazimnya tinggi bagi bahan-bahan lebih sihat juga harus diatasi.

Pemaju Perniagaan Jamil Catering & Trading Services, Cik Rohaniah Mohamed, menyarankan, "Kalau boleh, minta sama ada bantuan daripada pengeluar untuk menurunkan kos jadi kami boleh makan makanan yang lebih sihat, jadi tidak membebankan pelanggan juga". 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan