Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

19 masjid tawar 2 zon solat Jumaat dengan syarat PET, tempahan dibuka 10 pagi esok

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan selaras dengan panduan bagi semua rumah ibadah di Singapura, 19 masjid di sini akan menawarkan dua zon bagi setiap sesi solat Jumaat bagi mereka yang sudah menerima vaksinasi lengkap atau menjalani ujian COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2021 07:23PM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 12:55AM

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan selaras dengan panduan bagi semua rumah ibadah di Singapura, 19 masjid di sini akan menawarkan dua zon bagi setiap sesi solat Jumaat bagi mereka yang sudah menerima vaksinasi lengkap atau menjalani ujian COVID-19.

Baki 47 masjid yang lain pula akan terus menawarkan 50 ruang solat bagi setiap sesi, tambah MUIS dalam satu kenyataan media.

Peraturan itu bagi sesi solat Jumaat untuk dua minggu akan datang, selaras dengan peralihan negara di bawah Fasa 2 Kewaspadaan Dipertingkat mulai lusa Khamis (22 Jul.)

Tempahan untuk solat Jumaat pada 23 Julai dan 30 Julai bermula 10 pagi esok.

Ia boleh dibuat menerusi laman https://ourmosques.commonspaces.sg atau aplikasi Muslim.sg

Dalam kenyataannya, MUIS juga menggesa golongan mudah terdedah khususnya jemaah yang berumur dan belum mendapatkan vaksinasi supaya solat di rumah sepanjang tempoh risiko tinggi ini.

“Ini adalah kelonggaran rukhsah yang diberi oleh ulama kita,” jelas kenyataan itu.

"Hakikatnya, kita mempunyai kemahuan yang serupa, agar kita dapat bangkit daripada krisis ini dalam keadaan bersatu dan dalam semangat bantu membantu sesama kita. Kita inginkan saudara kita apa yang kita sayangkan buat diri sendiri." 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan