Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

19 didakwa di mahkamah kerana beri makan babi hutan di Pasir Ris

Lapan orang didakwa di mahkamah kerana memberi makan kepada babi hutan di Pasir Ris, manakala 11 lagi orang akan didakwa sepanjang dua minggu hadapan. Ini merupakan jumlah paling ramai orang yang didakwa sejak pindaan undang-undang pada Jun lalu melarang pemberian makanan kepada hidupan liar. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2021 07:00PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 08:48PM

SINGAPURA: Lapan orang didakwa di mahkamah kerana memberi makan kepada babi hutan di Pasir Ris, manakala 11 lagi orang akan didakwa sepanjang dua minggu hadapan.

Ini merupakan jumlah paling ramai orang yang didakwa sejak pindaan undang-undang pada Jun lalu melarang pemberian makanan kepada hidupan liar.

Kesemua 19 orang itu ditangkap kerana memberi makan roti atau makanan anjing kepada babi hutan lewat tahun lalu.

Pesalah kali pertama boleh didenda hingga S$5,000 manakala pesalah berulang boleh didenda hingga S$10,000.

Menurut Lembaga Taman Negara (NParks), ia memandang serius perbuatan memberi makan kepada haiwan liar.

Ini kerana perbuatan tersebut boleh mengubah naluri semula jadi hidupan liar dan membuatnya bergantung kepada manusia untuk makanan.

Ia juga mungkin menyebabkan haiwan liar lebih cenderung untuk menghampiri manusia dan memasuki kawasan bandar untuk mencari makan.

Bahkan haiwan liar boleh menjadi agresif terhadap orang ramai.

Sejauh ini, tindakan penguatkuasaan sudah diambil ke atas lebih 60 individu yang memberi makan kepada haiwan liar.  

Sumber : CNA/NZ/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan