180 suspek dadah ditangkap susuli operasi 11 hari
Sejumlah 180 orang yang disyaki pesalah dadah diberkas menyusuli operasi 11 hari yang dijalankan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB), demikian menurut agensi tersebut dalam satu kenyataan media hari ini (27 Apr).
SINGAPURA: Sejumlah 180 orang yang disyaki pesalah dadah diberkas menyusuli operasi 11 hari yang dijalankan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB), demikian menurut agensi tersebut dalam satu kenyataan media hari ini (27 Apr).
Operasi tersebut dijalankan antara 16 April dengan 27 April, meliputi kawasan-kawasan termasuk Ang Mo Kio, Boon Lay, Chua Chu Kang, Clementi, Geylang, Jurong, Seletar, Tampines, Woodlands dan Yishun.
Para pegawai merampas 457 gram heroin, 66 gram Ice, 22 gram ketamine, 12 gram ganja, 78 keping LSD, 35 pil Erimin-5 dan 22 pil Ecstasy dalam operasi itu, menurut CNB.
SUSPEK DADAH DITANGKAP DI SIMEI
Dalam salah satu serbuan pada 16 April, tiga suspek rakyat Singapura - seorang lelaki 28 tahun dan dua wanita berusia 33 tahun dan 37 tahun ditangkap di Simei Street 1.
Suspek wanita berusia 33 tahun itu didapati mempunyai sembilan pil Ecstasy, 20 pil Erimin-5, sekitar 16 gram ketamine, 15 gram Ice, 5 gram ganja dan sejumlah kecil heroin.
Beberapa peralatan untuk menghisap dan membungkus dadah turut ditemui termasuk dua alat penimbang digital dan bungkusan plastik.
Para pegawai juga menemui sekitar 6 gram ketamine, 1 gram Ice dan beberapa alat menghisap dadah dari suspek wanita berusia 37 tahun itu pula.
Para pegawai kemudian menyerbu unit milik suspek lelaki berusia 28 tahun itu, di mana 13 pil Ecstasy dan sejumlah kecil dadah Ice dirampas.
Seorang lagi wanita 28 tahun yang disyaki pesalah guna dadah ditangkap di unit tersebut.
CNB menambah bahawa siasatan ke atas kegiatan berhubung dadah terhadap mereka yang ditangkap sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.