Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

18 pemimpin niaga terima Anugerah Usahawan Terbaik

Seramai 18 pemilik perniagaan tempatan memenangi Anugerah Usahawan Terbaik hari ini (10 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2018 08:08PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 09:21PM

SINGAPURA: Seramai 18 pemilik perniagaan tempatan memenangi Anugerah Usahawan Terbaik hari ini (10 Okt). 11 daripada mereka menerima Anugerah Usahawan Mapan sementara tujuh lagi membawa pulang Anugerah Usahawan Baru.

Dianjurkan oleh Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Rotary Club Singapore, anugerah itu mengiktiraf para pemimpin dalam dunia perniagaan.

CABARAN SEBAHAGIAN DARIPADA PERTUMBUHAN

Salah seorang penerima anugerah itu ialah Saumik Bera, CEO dan Pengarah Real Yoga. Encik Bera membuka studio yoga miliknya yang pertama pada 2008 di ruang seluas hanya 800 kaki persegi.

Selepas 10 tahun, syarikatnya 'Real Yoga' kini mempunyai empat cawangan di Singapura, dua di Indonesia dan dua di India.

Bilangan anggotanya sudah melebihi 25,000 orang meskipun dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, seperti pasaran yang kurang menentu dan publisiti yang kurang menyenangkan.

Hasil ketabahan dan kegigihannya itu, Encik Bera dipilih menjadi antara 11 pemenang Anugerah Usahawan Terbaik tahun ini dalam kategori "usahawan mapan".

Anugerah itu mengiktiraf para usahawan yang tabah, kreatif dan mempunyai visi.

USAHAWAN BARU JUGA DIIKTIRAF

Tujuh usahawan baru lain yang turut diberikan anugerah termasuk Cik Novie Tjoa, Pengarah Pengurusan syarikat Kumpulan Eatz.

Syarikat katering itu, yang bermula dengan enam kakitangan pada 2005, kini menggajikan sekitar 60 orang. Syarikat itu juga turut melebarkan sayapnya dengan menubuhkan dua jenama katering lain.

Cik Tjoa berkata anugerah itu begitu bermakna bagi beliau kerana ia adalah bukti bahawa syarikatnya berada di landasan yang betul untuk terus berkembang.

Kedua-dua Cik Tjoa dan Encik Bera mengaku kunci kejayaan adalah mudah, iaitu ketabahan dan juga sikap yang baik. 

Sumber : CNA/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan